Sambal tumis bilis

Sambal tumis bilis ni ada nostalgia dia.
Masa kecil dulu bila mak masakkan sambal tumis bilis mesti ziana suka sgt.
Ziana panggil anak ikan.
Seingat ziana dulu, bila makan mesti kira berapa ekor dh masuk perut.
Sambal tumis ikan bilis ni mmg ikut resepi mak sbb mak tak gunakan asam jawa tetapi menggunakan asam keping didalam sambal.
Jom tgk bagaimana cara penyediaannya sambal ikan bilis@anak ikan.
Sambal tumis bilis
Sambal tumis bilis ni ada nostalgia dia.
Masa kecil dulu bila mak masakkan sambal tumis bilis mesti ziana suka sgt.
Ziana panggil anak ikan.
Seingat ziana dulu, bila makan mesti kira berapa ekor dh masuk perut.
Sambal tumis ikan bilis ni mmg ikut resepi mak sbb mak tak gunakan asam jawa tetapi menggunakan asam keping didalam sambal.
Jom tgk bagaimana cara penyediaannya sambal ikan bilis@anak ikan.
Cara Memasak
- 1
Ikan bilis digoreng garing dan ketepikan.
- 2
Kisar cili kering, belacan dan bawang dgn sedikit air. Panaskan minyak dan tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
- 3
Tambahkan 1/2 cawan air dan masukkan asam keping. Perasakan dgn garam dan gula.
- 4
Setelah kuah bercaramel, masukkan bawang besar hiris dan ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul mesra.
- 5
Sambal ikan bilis sedia untuk hidangan.
Resipi Sepertinya
-
Sambal sotong Sambal sotong
Bila makan sambal sotong kita akan teringat zaman kecil² dulu. Bila makan mesti sarung ke jari , acah² pakai cincin.. dah habis nasi baru kita kunyah sotong.Siapa ada nostalgia macam ni. Ziana Chesaad -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"Ramadhan PrepBulan Ramadhan hampir tiba tinggal beberapa hari je lagi .. mak-mak, ibu-ibu dah siapkan persiapan ke tu?Biasanya mak-mak/ibu-ibu akan buat persiapan seperti ibu sambal, stok pelbagai jenis sambal, pes kari, pes asam pedas dan sebagainya.Ibu baru berkesempatan buat stok sambal tumis. Buat lebih-lebih dan masukkan ke dalam beberapa bekas kemudian frozenkan. Bila nak guna, tinggal defrost dan panaskan dalam microwave je.Biasanya stok sambal ni ibu buat untuk makan sahur je. Sebabnya waktu sahur memang takde selera nak makan nasi. Tapi kalau ada sambal tumis, baik-baik tak berselera terus ada selera. Sambal tumis ni, kalau makan dengan nasi panas dan telur mata je pun dah cukup dah bagi ibu. Anak-anak pun jenis tak kisah. Apa yang ibu hidang, itu ler yang diorang makan. Senang keje ibu 🥳 Noor Atika Mahamood -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal tumis saya tidak menggunakan bawang putih. Tidak juga menggunakan ikan bilis yang digoreng terlebih dahulu. Perlu cukup/seimbang rasa pedas, masam, manis dan masinnya.Lada kering harus dicuci bersih, direbus dan dicuci semula sebelum dikisar. Untuk mendapatkan warna sambal tumis yang cantik, semasa menumis/memasak sambal, jangan gunakan api yang besar. Biarkan sambal masak dengan api yang kecil/sedang-sedang agar proses memasaknya sekata dan sambal akan bertahan lama (tak mudah basi) Ianya juga perlu dimasak lama, agar sambal betul-betul masak (takde lah sakit perut nanti kan)Masukkan gula dan air asam jawa pada awal masakan (selepas pecah minyak) juga boleh menjadikan warna sambal cantik.Sambal tumis ikan bilis ni sesuai dimakan bersama nasi lemak, lempeng kosong, jemput-jemput, mee siput, keropok ikan dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Noor Atika Mahamood -
Sambal ikan tumis kering Sambal ikan tumis kering
#bazaarramadanWeek5#goldenapron2020Week4Sebagai seorng ibu dan isteri, ziana akan pastikan setiap masakan memenuhi citarasa suami dan anak anak.Sambal tumis kering ikan antara salah satu menu yg menjadi kegemaran warga rumah ziana.Pedas pedas manis yg bercaramel menambahkan kesedapan ketika dijamu dgn nasi lemak atau nasi putih. Jom tgk macamana cara penyediaannya. Ziana Chesaad -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
Sambal ikan bilis ni wajib ada tau di pagi raya selain dari rendang. Anak-anak pun dah terikut jugak makan lemang ngan sambal tumis. Stok ikan bilis memang tak putus kat rumah sebab hubby ngan anak-anak suka makan. Mak pun suka jugak sebab cepat siap bila masak selain daripada mudah dan menjimatkan masa. Aznie Khasri -
Sambal Tumis Bilis #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia Sambal Tumis Bilis #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia
Assalammualaikum ❤️Kali ini CN kongsikan resipi Sambal Tumis Bilis yang sedap dan amat sesuai dinikmati dengan nasi putih panas-panas. Resipi ini CN peroleh dari Allahyarhamah Nenek kawan baik CN. Sambal Tumis Bilis air tangan Nenek amat sedap dan tiada tandingan walaupun menggunakan bahan yang sama. Terima kasih Nenek.Selamat mencuba 😍Nota:1. Kepedasan sambal bergantung kepada citarasa anda. Boleh tambah atau kurangkan cili kisar ya.2. Pastikan ikan bilis digoreng sekadar layu saja ya. Lalu ditos.3. Gunakan bawang ros kerana rasanya yang lebih manis dan sesuai dimasak untuk sambal.#CNdidapur #Perak #RayaHiTeaPertama #CookpadMalaysia Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Sambal tumis ikan bilis Sambal tumis ikan bilis
Sambal tumis ikan bilis sesuai dimakan bersama nasi lemak dan juga boleh juga disimpan utk dibuat nasi goreng. Azie -
Sambal Tumis Ikan Bilis Sambal Tumis Ikan Bilis
Ni raya baru ni Aznie sempat juga buat Sambal Tumis Ikan Bilis makan dengan lemang. Fav hubby sebenarnya ni, suka makan lemang dengan sambal tumis🤭 Aznie Khasri -
Asam pedas Lailer Asam pedas Lailer
#jekferlailer4eva#goldenapron2020Kisah lailer dan jekfer jadi bualan, kisah percintaan mereka pun semua org dh tahu.Kini kisah baru pula, bagaimana lailer mahu menambat hati ibu jekfer. Asam pedas antara cabaran untuk lailer menyediakannya.Walaupun asam pedas ikan senangin adalah kegemaran jekfer , namun tak salah jika mencuba asam pedas ikan pari pula.Jom kita lihat bagaimana cara penyediaannya. Ziana Chesaad -
Sambal kentang bilis bujang Sambal kentang bilis bujang
Resepi ni ada kisahnya.Zaman Ziana bujang² dulu. Dan tinggal jauh dari keluarga . Kadang² nk sangat berjimat duit belanja . Terpikir menu apa yang boleh dimasak dan dimakan banyak hari.Sambal kentang bilis penyelamatnya.Ziana ingat pesan mak , jika masak sambal api kena perlahan aje sehingga pecah minyak . Masak sehingga kuah pekat dan sedikit kering . Sambal tahan lama tak mudah basi.Alhamdulillah sejak bujang dan sehinggalah sekarang sambal kentang bilis bujang menjadi menu pilihan yang paling ziana gemari.#GoldenApron23#week2Kentang Ziana Chesaad -
Tips: menyimpan taugeh Tips: menyimpan taugeh
#kitajagakita#soalan2Antara petua yg ziana guna sejak dulu untuk menyimpan taugeh supaya tahan lama dan tidak lunyai adalah dgn merendam taugeh didalam air bersama beberapa keping asam gelugur.Jom tgk bagaimana caranya. Ziana Chesaad -
Ikan Bilis Besar Goreng Masak Air Asam Ikan Bilis Besar Goreng Masak Air Asam
#goldenapron2020"Alia. Ikan bilis ni, keras lah. Masak dengan asam," mak kata semalam.Ikan bilis besar ini, dapat percuma masa adik beli ikan bilis kecil, online.Bila goreng, rasa liat pula. Jadi mak suruh Alia, masak semula bagi lembut.Makan dengan nasi panas panas, sedap! Alia Ali
Lebih Banyak Resipi
Komen