Kentang Bakar AF

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Si Hot Stuff Air Fryer #MatchmakerMonth

Anak bujang saya sedang bercuti sekarang kerana hendak meluangkan waktu cuti nya bersama keluarga. Lagi-lagi di waktu mama dia yang kurang sihat sekarang ini, dia lah orang yang paling diharapkan untuk menolong kerja-kerja di dapur. Dia memang suka memasak dan saya takde masalah pun jika dia di dapur.
Hari ni dia nak makan kentang goreng tetapi saya terus memberitahu supaya menggunakan Air Fryer sahaja kerana kami masih lagi batuk dan kalau boleh dielakkan makanan yang bergoreng.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 6 bijiubi kentang*
  2. Sedikitgaram*
  3. Air secukup nya untuk merebus*
  4. 3 sudu besarminyak bawang putih (optional)
  5. Sedikitdaun parsli kering
  6. Sedikitserbuk lada hitam
  7. Sedikitserbuk Aji Shio

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas kulit kentang. Tak nak kupas pun boleh tetapi harus lah dicuci bersih kulit nya. Rebus bersama sedikit garam hingga empuk. (Cucuk dengan garfu untuk memastikan kentang sudah empuk.)

  2. 2

    Toskan air nya dan biarkan kentang sejuk sebelum dipotong baji. Gaul kentang bersama bahan lain dan gaul rata. Panaskan AF suhu 18’c-190’c selama 5 minit. Susun kentang dan bakar 20 minit.

  3. 3

    Keluarkan kentang dan boleh lah dihidangkan bersama sos kegemaran.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya