Apam Tapai Nasi

Kuih apam tapai nasi ni memang kuih kegemaran emak saya. Zaman dulu-dulu selalu tengok mak saya buat kuih apam ni. Bila mak dah semakin tua, kudrat nak buat kuih pun dah tak larat. Mak akan cakap pada anak-anak perempuan dia kalau dia teringin nak makan kuih yang dia idamkan. Dulu tak nak belajar dengan mak. Nasib baik ada Cookpad, boleh dibuat rujukan dan alhamdulillah terjumpa resipi daripada adik manis @zuita_Aisyah325 , memang tak mengecewakan. ❤️
Apam Tapai Nasi
Kuih apam tapai nasi ni memang kuih kegemaran emak saya. Zaman dulu-dulu selalu tengok mak saya buat kuih apam ni. Bila mak dah semakin tua, kudrat nak buat kuih pun dah tak larat. Mak akan cakap pada anak-anak perempuan dia kalau dia teringin nak makan kuih yang dia idamkan. Dulu tak nak belajar dengan mak. Nasib baik ada Cookpad, boleh dibuat rujukan dan alhamdulillah terjumpa resipi daripada adik manis @zuita_Aisyah325 , memang tak mengecewakan. ❤️
Cara Memasak
- 1
Masak air dan gula, kacau hingga gula larut, jangan sampai mendidih. Ketepikan dahulu.
- 2
Campurkan tapai, tepung gandum dan tepung beras, gaul hingga rata. Tuang air gula yang masih panas, gaul hingga sebati, dan tidak ada berketul ketul. Masukkam yis, gaul lagi hingga rata.
- 3
Tutup adunan dengan kain basah. Kemudian perap selama 30 minit. Adunan akan berbuih dan kembang. Masukkan baking powder, gaul hingga sebati dan tiada lagi buih-buih yang tinggal.
- 4
Panaskan kukusan dengan api besar hingga mendidih. Panaskan acuan di dalam kukusan terlebih dahulu. (Ni penting ye. Acuan mesti betul-betul panas. Baru kuih naik cantik nanti, acuan dilarang sama sekali disapu ngan minyak). Warnakan ikut selera. Tuang ke dalam acuan yang panas tadi (isi penuh) dan segera masukkan ke dalam kukusan yang telah mendidih tadi. Kukus selama 20-25 minit dengan menggunakan api besar.
- 5
Boleh la dihidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
Nota : Penutup kukusan seeloknya dibalut ngan kain supaya air tidak menitis ke atas kuih.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
☕Apam Tapai Nasi...☕ ☕Apam Tapai Nasi...☕
Apam Tapai Nasi.. suka makan apam ni.. lembut dengan strukturnya yang halus.. gebu sedap dihidangkan bersama kelapa parut... Aznie Khasri -
Apam Tapai Nasi Mekar @ Apam Legend Apam Tapai Nasi Mekar @ Apam Legend
🧑🍳694🧑🍳🍽️128/2023🍽️#GoldenApron23#Week21#EnoApam Tapai nasi ni apam legend.Jika nak diceritakan apam tapai nasi ini juga salah satu kenangan ummi masa dulu2.Apam tapai nasi ini menjadi salah satu kuih utama jualan ummi.Setiap hari ummi buat Donat dan apam tapai nasi ini untuk diletak dikantin sek.Ummi kerja tapi dalam masa sama ummi tambahkan pendapatan dengan letak kuih muih dikantin sek.Untuk resepi apam tapai nasi ini ianya kena disediakan 2 hari awal sebelum proses memasak.Hari pertama sediakan tapai nasi.perap 1 malam.Hari keduanya kisar tapai nasi dan gula serta air dicampur dengan tepung beras lalu diperap lagi 1 malam.keesokan paginya barulah ianya dikukus/dimasak.Maka tidak hairanlah orang dulu2 sifat sabar dalam menyediakan sesuatu masakan itu sangat tinggi.yelah nak makan apam macamni pun kena hari ke3 baru boleh makan.Ummi suka apam tapai nasi ni sebab teksturnya yang gebu dan rasanya masam2 manis itu memang tak sedar makan.Tak sangka pula berjodoh dengan suami pun suka makan apam tapai nasi ni.Letak depan mata sekejap je licin di ngap 🤭👍😋 Q'leenalee's Kitchen -
Apam Beras Tapai Apam Beras Tapai
Apam tapai nasi sedap ,teksturnya halus lembut dan gebu dengan kombinasi tapai dan eno ,kalau ikut resepi sstur ni rasanya just nice dan tak berapa manisCc cikgogel#GlobalApron2024#Challenge23#Putih#Merdekamonth#beras/nasiputih#kelapaparut#tepungberas#tepunggandum1001/2k Nur Nadiah -
Apam Bakar Apam Bakar
Kuih apam bakar ni memang unik rasanya, berempah, manis rasa pisang dan tapai ubikayu,, berbeza dengan apam kukus, aroma apam yang di bakar lebih menyelerakan..#selangor #goldenticket #cookpadmy1stbday Kak Wan -
-
Apam Kuala Kangsar Apam Kuala Kangsar
#immunebooster#minggu2 Kalau ingat apam ni, mesti Aznie akan teringat mak kat kampung.. Mak suka sangat makan apam ni.. susah dah nak jumpa orang jual apam ni sekarang.. kuih orang dulu-dulu.. Rasanya yang sedap juga baunya yang wangi.. mungkin sebab kita tambah tapai nasi didalamnya.. Apam kuala kangsar @ Apam pasang namanya... Apam kuala kangsar mungkin sebab kuih ni masih dijual lagi di area kuala kangsar.. tempat lain susah sikit nak jumpa.. Apam pasang mungkin sebab rupa apam ni dijual bertindih.. berkatup.. kira sepasang la tu.. agaknya la.. hihihi.. jom cuba buat sendiri.. bagi mak-mak rasa.. mesti diorang suka sangat.. Aznie Khasri -
Apam Pandan Tapai Apam Pandan Tapai
#sarapan #goldenapron #mingguke13Kalau cerita tentang apam.. semua pun sedia maklum.. ada pelbagai jenis apam dinegara kita kan.. untuk kali ini aznie buat kuih Apam Pandan Tapai.. Aznie guna tapai nasi je.. Ramai yang tanya kalau tak bubuh tapai boleh ke.. jawabnya boleh.. tapi apamnya cuma apam biasa je tiada keistemewaannya.. suka Apam ni sebab baunya yang wangi serta strukturnya yang lembut.. memikat hati sesiapa sahaja yang memakannya... selamat mencuba.. Aznie Khasri -
Kuih Apam Tepung Beras Kuih Apam Tepung Beras
#goldenapron2020#madebyjeehan#cookpadmalaysiaSuka makan Kuih Apam tepung beras ni...tapi takde kelapa parut pulak Kat kedai...so makan macam ni jer lah jawabnya 😅. Memanfaatkan baki Tapai Ubi Kayu yang telah lama duduk Kat peti Ais,manis dan legit Tapai Ubi Kayu ni...😊. Zaman kecil-kecil dulu saya suka beli kuihnni Kat kedai....sebab Cantik berwarna warni kuih ni..😊 Jeehan Kitchen -
Apam Nasi Lembut & Gebu Apam Nasi Lembut & Gebu
Apam nasi ni selain di jadikan sarapan atau minum petang, ia juga boleh di jadikan potluck untuk perjumpaan beramai2.. Selalunya saya buat apam Eno mekar yg menggunakan tapai nasi resepi mak mentua saya..kali ni saya cuba resepi daripada Youtuber Che Nom yg femes tu pulak..tapi yg ni versi tak mekar & tak menggunakan tapai nasi, tapi di campur dengan yis.. Alhamdulillah..lembut & gebu sangat..rasanya pun manis2 buah je..lagi sedap di cicah dengan kelapa parut.. Nor Al Fatihah -
Apam Nasi Eno Apam Nasi Eno
Apam nasi yg sudah lama kakak teringin nak buat baru berkesempatan untuk buat. Busy betul akhir2 ni. Jomla tengok resipinya. Guna je nasi semalam yg tak habis tu. Jangan membazir konsepnya begitu. Selain buat nasi goreng. Jadikanlah ia sebagai kuih pagi or petang. Yeah! Nuharahmat -
Apam tapai Apam tapai
#goldenapron #minggu6. Menu hidangan sarapan pagi...ada lebihan nasi hari2 letih memikir nak wat buat apa.. Nasib ada stok ragi.. Maka terhasillah apam tapai yang sangat gebus... Kalau makan tak cukup satu Jalilah JJ -
Apam Manis Apam Manis
Simple resepi Apam Manis yang ni Aznie guna yis basah je. Apam yang mak-mak kita buat dulu memang menggamit kenangan. Suka sangat. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen