NesLo Titanic

Cuaca panas ni membuatkan tekak selalu jer rasa dahaga. Peluh pun banyak keluar walaupun di dalam rumah sewaktu membuat kerja-kerja rumah. Minum air putih (air mineral/air bertapis) pun masih rasa haus. Tekak tetap nak air yang berais juga. Dulu tekak saya alah la juga pada ais. Minum sikit minuman yang berais memang akan sakit tekak pada malam nya tetapi sekarang macam dah lali dah.
Hari ni rasa tak larat nak masak, gantung kuali jer kerana kepala rasa pening, berdenyut-denyut di sekitar kedua belah mata. Order dengan pak Grab jer tetapi gigih juga nak buat air minuman sendiri. 😂 Suami kata, "hmmm... Kalau Cookpad punya pasal memang terus bertenaga dia (menyindir saya) sambil tersenyum dia pun suruh buat lebih untuk dia. 🙄😏
NesLo Titanic
Cuaca panas ni membuatkan tekak selalu jer rasa dahaga. Peluh pun banyak keluar walaupun di dalam rumah sewaktu membuat kerja-kerja rumah. Minum air putih (air mineral/air bertapis) pun masih rasa haus. Tekak tetap nak air yang berais juga. Dulu tekak saya alah la juga pada ais. Minum sikit minuman yang berais memang akan sakit tekak pada malam nya tetapi sekarang macam dah lali dah.
Hari ni rasa tak larat nak masak, gantung kuali jer kerana kepala rasa pening, berdenyut-denyut di sekitar kedua belah mata. Order dengan pak Grab jer tetapi gigih juga nak buat air minuman sendiri. 😂 Suami kata, "hmmm... Kalau Cookpad punya pasal memang terus bertenaga dia (menyindir saya) sambil tersenyum dia pun suruh buat lebih untuk dia. 🙄😏
Cara Memasak
- 1
Satukan nescafe, milo, air panas dan gula stevia, kacau rata dan masukkan ke dalam bekas kecil. Tutupkan dan masukkan ke dalam freezer.
- 2
Satukan nescafe, milo, air panas suam susu pekat manis dan susu sejat. Gaul sebati.
- 3
Tuang ke dalam gelas yang berisi ketulan ais. Keluarkan ais neslo tadi dan letakkan di atas gelas. Lama-lama ais neslo akan mencair dan tenggelam ke dalam gelas.
- 4
Sedia untuk dinikmati. Haha.. Tadi elok jer ais neslo tu terletak di mulut gelas, bila tangan ketar bawa gelas untuk disnap terus tenggelam sedikit. 🤣
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Susu Kurma Bersama Aiskrim Vanilla Susu Kurma Bersama Aiskrim Vanilla
Cuaca sekejap panas sekejap mendung je hari ni. Jemuran pun sekejap dibawa keluar rumah sekejap dibawa masuk ke dalam rumah. Akhir nya saya sendiri yang kepenatan. Ingatkan nak rehat hari ni. Hari ni saya tangguh dulu kerja-kerja menjahit kerana sakit belakang asyik duduk menjahit. Suami kata rehat lah dulu esok lusa boleh sambung menjahit lagi. Aduh! Bila dah menjahit, memang payah benar nak berenggang dengan mesin jahit. Seolah-olah ada magnet yang melekatkan badan saya dengan mesin jahit tu. Kadang perut pun tak dialas dengan makanan. Lapar dan haus tolak ke tepi tetapi tugas-tugas rumah yang lain saya tak boleh abaikan. Sudah menjadi tanggungjawab saya. Memang dasar tak boleh duduk diam dalam otak berlegar-legar nak buat itu, nak buat ini. Teringat pada cabaran kek batik pun belum lagi ditunaikan. Mungkin kejap lagi nak godek-godek bahan-bahan di dapur. Kalau cukup, kira ON ☺️ tapi sebelum tu nak basahkan tekak dengan minuman susu kurma bersama aiskrim vanilla. Dapur Yusfarisyia -
Milo Ais Tabur Cincau & Boba Milo Ais Tabur Cincau & Boba
#cooksnap daripada cookpader @dapurummi_2010 tetapi saya tambah susu segar dan boba pearl, kebetulan memang ada berbaki. Sedap layan rasa kenyal boba dan lembut cincau diikuti rasa manis milo. Malam ni cuaca agak panas walaupun hujan hanya turun sedikit sahaja di waktu tengahari tadi. Tekak terasa nak minum milo ais tabur. Dapur Yusfarisyia -
Chocolate Milk Tea With Boba & Cincau Chocolate Milk Tea With Boba & Cincau
Minuman favourite saya dari dulu hingga sekarang. Kalau pergi beli barang di pasar sekitar Batu Kawa, memang tak pernah lupa beli air ni sampai mak pun marah kata baru lepas berpantang jangan minum air berais. Mulut kata ya mak tapi dalam diam tu curi minum yang suami beli untuk dia. Suka gabungan rasa mewah coklat dan rasa kelat teh nya, manis dari susu dan boba. Alang-alang dah ada cincau, saya masukkan sekali. Memang padu sangat rasa nya, sesuai sangat untuk diminum di cuaca panas ni. Dapur Yusfarisyia -
Zappel Soda Iced Lime Tea Zappel Soda Iced Lime Tea
Dua kali dah buat untuk diminum. Sebenar nya malam semalam anak dara saya nak minum air zappel, dan pada masa yang sama saya tengah bancuh teh untuk dibuat teh O ais. Terfikir nak campurkan air zappel tu ke dalam air teh. So, saya pun buat. Saya tambah perisa pes peppermint kerana kat tempat saya ni memang payah jumpa orang jual daun mint yang segar. Boleh tahan juga rasa nya.Tengah hari ni terasa nak buat lagi tapi tak letak pes peppermint tapi letak serbuk limau nipis. Segar rasa nya dapat minum di waktu panas. Dapur Yusfarisyia -
Dalgona Coffee Dalgona Coffee
Saya ni bukan lah penggemar kopi/coffee tetapi sekali-sekala tu teringin juga. Tambah-tambah lagi cuaca panas memang tekak ni mencari minuman yang sejuk. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Iced Lime Lemonade Iced Lime Lemonade
Inspirasi daripada @sasha_sabrina tetapi saya campur limau manis (hasil dari selongkar peti sejuk) sebab lemon pun tinggal 1/4 bahagian sahaja dan limau nipis saya ganti dengan limau kasturi. Limau lah juga tu kan? 😅Sebenar nya iced lime lemonade ni memang kegemaran sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Apabila saya berada di darjah lima dan enam, saya aktif dalam bersukan. Balik je ke rumah, selepas makan dan mandi, saya akan petik buah lemon di depan rumah (mak ada tanam sepokok dan buah nya memang berbuah lebat), saya buatkan air untuk dibekal ke latihan sukan di sekolah. Memang tak cukup sebotol rasa nak lagi, lagi sejuk lagi sedappp ❤️ Dapur Yusfarisyia -
Honeycomb (Dalgona Candy) Boba Green Tea Latte Honeycomb (Dalgona Candy) Boba Green Tea Latte
Mini BonusMasih tak boleh move on dengan rasa honeycomb (dalgona candy) coffee latte 🤭 gabungan rasa nya sedap sangat bagi saya. Tetapi saya akan merasa sakit di hulu hati selepas minum kopi. Honeycomb nya masih ada lagi berbaki sebab sengaja buat lebih hari tu. Jadi hari ini saya nak buat honeycomb boba matcha latte tetapi lupa pula di mana saya letak serbuk matcha 🤦🏻♀️ maklum la sejak usia dah senja ni jadi pelupa 😂 Tak nak kecewa jadi saya gantikan dengan green tea. Dapur Yusfarisyia -
Coconut Shake Seada nya Coconut Shake Seada nya
Minuman kegemaran saya ketika saya masih lagi belajar di Kolej Pergigian di Pulau Pinang. Setiap kali ada pasar malam di belakang jalan asrama kami. Saya memang tak pernah lupa membeli air coconut shake ni. Pendek kata kalau boleh hari-hari dapat minum coconut shake tetapi pasar malam cuma ada pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.Malam-malam pun masih terasa bahang panas nya, tekak terasa nak minum yang sejuk. Minum segelas memang tak cukup memang ketagih dengan rasa nya yang sedap tu. Dapur Yusfarisyia -
Ais Milo Vanila Ais Milo Vanila
Selagi aiskrim vanila tak habis kita ON minuman yang sejuk lagi menyejukkan dan melegakan tekak kehausan.. korang suka milo tak? Boleh repeat sebab sedap ni😋.Hero malaya di rumah ni favourite dorang Milo .. bila buat ala-ala kayangan tapi tak berapa kayangan macam ni pun suka ya amat.. Daripada dapat segelas sorang tak cukup, request nak satu jug sorang hahaha😅 .. Lepas ni letihlah mamanya asyik nak top up milo dengan aiskrim vanila.Beat The Heat 🌞 Julia ALeen Aireish -
Cadbury Putar Cadbury Putar
Tak tahan tengok godaan air Cadbury putar yang dikongsi oleh @MardiahAmirah saya pun turut mencuba dan hasil nya walaupun tak lah secantik yang dibuat nya tetapi rasa nya memang win 😋👍 Terima kasih ye dik Mardiah atas inspirasi resipi nya 😘🥰 Dapur Yusfarisyia -
Rebung Kering (Mottainai : Preservation) - Nyahhidrat Rebung Kering (Mottainai : Preservation) - Nyahhidrat
#Preservation #CookEveryPart2 resipi #mottainai #WorldFoodDayRebung boleh dipelbagaikan dalam masakan. Kalau nak disimpan lama, saya akan rebus dahulu kemudian ditoskan kemudian dijemur hingga kering. Bila kering nampak sikit je tetapi jika nak masak semula, saya akan rendam hingga kembang kemudian memasak nya. Rasa nya juga lebih kenyal dan sedap pada saya. Tak tahu la kalau pada orang lain. Pernah nampak peniaga-peniaga menjual rebung kering sekilo sekitar RM60-RM70. Mahal kan? Baik buat sendiri. Dapur Yusfarisyia -
Kopi O Ais Kopi O Ais
Saya ni bukan la penggemar kopi tetapi bila tengok rakan cookpader @airtangan_ummirizqi punya kopi o ais, memang terliur dan terus buat. Segar mata lepas minum kopi o ais ni. Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen