Kuih Seri Muka Durian

irar
irar @irar_bungaLily
Kuala Lumpur

Kuih Seri Muka Durian untuk minum petang.

Kuih Seri Muka Durian

5 orang bercadang membuatnya

Kuih Seri Muka Durian untuk minum petang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

Loyang 8"
  1. Lapisan Pulut :
  2. 350 gberas pulut
  3. 90 mlsantan pekat (santan kotak)
  4. 280 mlair
  5. 2 1/2 sdbgula
  6. 1 sdkgaram
  7. Lapisan Atas :
  8. 80 gisi durian
  9. 60 gtepung gandum
  10. 160 mlsantan pekat (santan Kotak)
  11. 180 ggula
  12. 60 mlair
  13. 1/4 sdkgaram
  14. 3 bijitelur (155g tanpa kulit)
  15. sedikitpewarna makanan kuning-jika suka

Cara Memasak

  1. 1

    Lapisan Pulut :.
    Satukan dan gaul rata semua bahan-bahan untuk pulut. Masukkan ke dalam loyang dan kukus sehingga pulut masak.
    Bila pulut sudah masak, pindahkan pulut ke loyang lain yang dialas dengan plastik tahan panas dan disapu dengan sedikit minyak.
    Tekan-tekan padat pulut memenuhi loyang, kemudian masukkan semula loyang pulut ke dalam pengukus.

  2. 2

    Lapisan Atas :.
    Masukkan semua bahan lapisan atas kecuali tepung ke dalam blender.
    Kisar sehingga durian hancur dan sebati.
    Tuang adunan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk dan ayakkan tepung ke dalamnya, gaul rata.
    Tapis adunan ke dalam kuali kemudian baru hidupkan api.
    Panaskan adunan di atas api perlahan sehingga naik wap.
    Bila adunan sudah naik wap, tuang adunan ke atas lapisan pulut.
    Kukus dengan api sederhana sehingga masak dalam 45-50min.

  3. 3

    Bila kuih sudah masak, ketepikan kuih sehingga sejuk, baru dipotong dan dinikmati.

  4. 4

    Nota* :
    *semasa mengukus kuih,saya tutup loyang kuih dengan aluminium foil yang dicucuk sedikit untuk keluarkan wap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
irar
irar @irar_bungaLily
pada
Kuala Lumpur
When Baking, Follow Directions, When Cooking, Go By Your Own Taste - Laiko Bahrs
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya