Nasi Goreng Planta Istimewa

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

TERKENANG SEMASA DULU
Sewaktu zaman sy kecil mak selalu masakkan nasi goreng buat kami adik beradik. Adik beradik kami seramai 8 orang. Kira nya kalau buat nasi goreng mudah bg mak sy nak menjamu anak2 nya mkn, tak perlu nak msk lauk lain sbb mak pun ada kerja mengambil upah membasuh pakaian di rumah jiran2. Balik rmh mak dah penat, kesian mak. Kadang tu mak berkebun di halaman rmh menanam sayur2an sbb mak suka buat sayur sawi pahit asin. Selalu nya mak buatkan nasi goreng bwg merah kecil/bwg ros sbb bwg tu wangi. Itu pun sudah cukup memadai sedap nya bg kami semua. Kalau ada lebihan planta utk buat kek raya, mak akn buat nasi goreng planta utk kami. Bagi kami itu lah nasi goreng terpalinggg istimewa dan terpalinggg sedap sbb rasa planta nya dan mak akan campurkan dgn telur, ikan bilis dan sayur2an yg mak tanam spt jagung, sawi hijau. Anak2 pulak masa tu bkn nya reti nak sabar, asyik berebut nak dulu. Bila mak penat mak akan simpan sikit utk mak utk dimakan kmdian tp adik bongsu sy pulak suka minta lg. Mak akan turutkan kehendak anak bongsu nya, mak cuma ambik sebutir dua jer nasi goreng tu dan suapkan ke mulut mak sndiri. Kadang tu sy tanya mak knp mak mkn sebutir dua, mak jwb mak dah kenyang. Si uda pula tanya mak kalau mak kenyang knp mak mkn jg sebutir dua. Mak jwb takut kempunan. Aduiii kesian mak 😔😢 beralah rupa nya. Terima kasih mak, byk pengorbanan mak, utk anak2 mak. ❤️ Nasi goreng planta ni sy tmbh lobak merah bg variasi warna nya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 1/2 cawannasi sejuk
  2. 5 sudu besarmarjerin planta
  3. 3 ulasbawang putih (dicincang)
  4. 1 bijitelur
  5. 1/4 batanglobak merah (dipotong dadu kecil)
  6. 1 cawansayur bayam brazil (pengganti sayur sawi hijau)
  7. 3/4 cawanisi jagung
  8. Sedikitudang geragau halus (pengganti ikan bilis)
  9. Maggi Cukup Rasa (pengganti ajinomoto dan garam)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan kuali dan cairkan marjerin planta. Tumis bawang putih dan udang geragau hingga naik bau. Masukkan lobak merah dan isi jagung dan kacau biar lobak merah dan isi jagung tu lembut.

  2. 2

    Masukkan nasi sejuk dan gaul rata. Buat lubang di tengah kuali dengan menolak nasi ke tepi kuali. Pecahkan telur dan biarkan seketika, kemudian digaul sebati. Masukkan Maggi Cukup Rasa (adjust rasa mengikut sesuai selera) dan sayur bayam brazil. Kacau lagi biar sekata.

  3. 3

    Tutupkan api dan sedia untuk dinikmati

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (2)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Tu la pengorbanan seorang ibu kan Kak Za. Sanggup apa saja janji anak-anak cukup serba-serbi. Memang patut pun syurga tu bawah kaki ibu 🧡 Nasi goreng planta ni pun mmg viral zaman kita budak-budak dulu.

Resipi Sepertinya