Sos Putih Bawang Putih Berkrim

Resipi dalam draf juga.
Resipi ni saya buat sewaktu cabaran GA23 minggu ke 21 (eno). Saya gandingkan dengan resipi pizza base cuma saya tak serta resipi sos putih nya.
Saya guna bahan yang ada di dapur, takde parmesan cheese, saya ganti dengan serbuk cheese sebab tu warna nya tak berapa putih tapi rasa nya tetap sedap.
Sos Putih Bawang Putih Berkrim
Resipi dalam draf juga.
Resipi ni saya buat sewaktu cabaran GA23 minggu ke 21 (eno). Saya gandingkan dengan resipi pizza base cuma saya tak serta resipi sos putih nya.
Saya guna bahan yang ada di dapur, takde parmesan cheese, saya ganti dengan serbuk cheese sebab tu warna nya tak berapa putih tapi rasa nya tetap sedap.
Cara Memasak
- 1
Dalam kuali, cairkan mentega dan tumis bawang putih guna api sederhana besar hingga wangi, kacau-kacaukan supaya bawang putih tak hangit.
- 2
Masukkan tepung gandum dan kacau selalu anggaran seminit hingga bertukar warna coklat muda. Masukkan bancuhan susu segar dan whipping cream sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- 3
Masukkan garam, serbuk lada hitam dan parsli kering. Kacau lagi.
- 4
Renehkan sos putih bawang putih sambil dikacau hingga pekat anggaran 1-2 minit. Pastikan tiada gumpalan. Bila sos melekat di belakang sudip bermakna sos dah siap. Tutupkan api.
- 5
Masukkan serbuk cheese dan kacau lagi hingga sebati dan tiada gumpalan cheese. Sos akan semakin pekat apabila sejuk. Sos putih sedia untuk dinikmati bersama pizza, pasta, sayap ayam dan daging.
Nota : Saya menggunakan serbuk cheese jadi warna sos nya tak berapa putih, ia dipengaruhi oleh warna serbuk cheese tersebut.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ikan Tongkol Goreng Tepung Bestari Ikan Tongkol Goreng Tepung Bestari
Resipi dalam draf juga.Selalu goreng ikan campur kunyit dan garam jer. Kunyit hidup takde, serbuk kunyit pun habis. Kita ganti dengan serbuk kari dan tambah tepung pedas bestari. Makan panas-panas dengan sambal kicap cili potong, gu dengan sup sayur sawi dan nasi putih pun dah cukup. Dapur Yusfarisyia -
Kentang Putar Kentang Putar
Task 1 - Kentang PutarSiapa tak suka kentang putar? Lagi-lagi yang dijual di restoran seperti KFC. Keluarga saya memang akan beli hidangan yang besar. Suka makan ketika masih panas dengan kuah nya. Kalau dah nama nya “hantu/gila ken tang” memang akan buat banyak sebab boleh tambah lagi.#photoTipsSaya menggunakan angle flatlay kerana dengan angle flatlay ini, semua nya boleh nampak dengan jelas. Tak perlu guna bokeh/kabur di sekeliling nya. Penggunaan prop yang tak banyak boleh memberi fokus hanya kepada subject/hero. Saya buat close-up supaya lebih nampak dengan jelas lagi. Saya menggunakan cahaya natural (cahaya matahari) ketika mengambil gambar ini dalam sekitar pukul 3 petang. Mula-mula memang nak ambil gambar dalam sekitar pukul 10 pagi dan 12 tengahari tetapi ada-ada je halangan nya. (Jiran lalu-lalang segan pulak 🤭) Saya juga menggunakan pinggan/mangkuk yang berlainan warna dengan subject/hero untuk contrast. Selain itu saya menggunakan napkin yang berwarna cerah serta penggunaan daun parsli kering untuk garnish menaikkan seri subject/hero itu (break the colour). Dapur Yusfarisyia -
Sup Cendawan Enoki & Cendawan Hitam Kering Sup Cendawan Enoki & Cendawan Hitam Kering
Resipi dalam draf juga.Memula ingatkan cendawan putih ni cendawan shimeji tetapi hairan pulak tengok kaki nya panjang dah serupa kaki supermodel dah bak kata @Rozita 😆. Tetapi rupa nya seperti cendawan enoki cuma saiz nya lebih besar. Tanya pak google, memang ternyata cendawan enoki. Enoki pun enoki lah, cuma kita tukar/edit jer pada draf senang citer kan? Nak dijadikan citer tengah masak sup tu, tiba-tiba anak dara panggil suruh tengok keadaan tucen dia, ntah apa-apa yang dia cakap dari jarak jauh tak berapa jelas dengan muka panik nya. Aduh! Dalam hati saya berkata "jangan lah ada apa-apa perkara buruk yang berlaku pada tucen kami yang kat sangkar luar." Jadi saya suruh suami saya pergi tengok tapi dia pulak yang suruh saya pergi tengok. Saya bagitau yang saya tengah masak. Belum apa-apa lagi dia terus cakap, "takpe, nanti saya tolong sambung masak." Saya pun bagitau step yang seterus nya sambil tunjuk bahan apa yang nak dimasukkan selepas itu. Dia pun angguk kepala sambil tunjuk tanda isyarat 👌. Dipendekkan citer tucen kami takde apa-apa pun, anak saya hias tucen dia tapi tucen dia tak reti nak duduk diam jadi susah lah dia nak ambik gambar. Saja jer nak prank mama dia suruh datang untuk pegangkan tucen dia. Bertuah punya anak. Lain pulak hal dengan masakan di dapur, suami saya boleh-boleh pulak campur telur dengan tepung jagung, dipukul bersama baru dimasukkan ke dalam sup. 💆♀️🤦🏻♀️ Nak bising pun dah tak guna. Benda dah jadi, makan jer lah. Rasa nak 👊 ganyang jer. 😏🙄 Dapur Yusfarisyia -
Mi Bayam Aglio Olio Mi Bayam Aglio Olio
#KidsAtHeart Sayur No Problem [Week 3] ChallengeSpaghetti aglio olio salah satu menu kegemaran kanak-kanak kerana takde campuran sayur-sayuran walaupun boleh sahaja ditambah sayur-sayuran. Saya gantikan dengan mi bayam kerana mi bayam ni pun sudah ada campuran sayur bayam. Untuk kanak-kanak saya tak letak chili flakes kerana kanak-kanak tak berapa suka pedas. Dapur Yusfarisyia -
Korean Garlic Cheese Bread Korean Garlic Cheese Bread
Cabaran Bonus untuk #viralkoreanfood kali ini hati berbelah-bahagi sama ada hendak membuat tteokbokki atau garlic cheese bread? Hendak membuat tteokbokki, rice cake memang ada di dalam peti sejuk cuma di kedai bakery tiba-tiba habis pula stock sos gochujang. Nak buat garlic cheese bread pula, cream cheese juga kehabisan stock. Hmm.. gigih juga nak mencuba garlic cheese bread ni sebenar nya. Ia lah asyik lalu lalang di Facebook. Kalau tteokbokki ni memang selalu buat untuk jualan di kolej tempat anak saya belajar. Akhir nya saya temui resipi di Youtube (Devina Hermawan) di mana di dalam video tersebut menyatakan resipi ini khas untuk orang yang tiada bekalan cream cheese dan yang tiada oven. Alhamdulillah gembira sangat kerana boleh la saya membuat garlic cheese bread untuk cabaran bonus #goldenapron2020 . Kalau dari segi rasa seperti yang dinyatakan memang tak jauh dari rasa yang menggunakan cream cheese cuma nya ianya lebih sedikit savouri, memang kegemaran anak-anak saya. Jom kita lihat resipi nya. Dapur Yusfarisyia -
Tomyam Ayam Simple Tomyam Ayam Simple
Resipi lama dalam galeri fon.Lama dah tak dikeluarkan dari galeri fon. Misi nak ringankan bebanan galeri di fon dan di draf Cookpad (jika larat). Kalau tengok macam takde jer keluar resipi-resipi yang lain tu, makna nya tak larat lah tu 😆 Harap-harap masih larat, adan uke, sape suruh masak-masak dan simpan dalam galeri fon/draf Cookpad? Hah! Kan nyakitkan diri sendiri nama nya?Cooksnap daripada kak @dapurdee tapi saya olah gantikan udang dengan ayam, putik jagung - kubis. Cuma saya tak letak bahan lain tetapi tetap sedap. Dapur Yusfarisyia -
Spaghetti Aglio Olio Sempoi Spaghetti Aglio Olio Sempoi
Resipi dalam draf juga.Fridge Moment : Misi1 CookRaceHaha.. Punya la lama simpan. Takpe kita hantar jer walaupun dah tamat cabaran nya. Itu tanda nya kita ni semangat kuat nak join cabaran tu tapi akhir nya resipi tak habis ditaip, jawab nya terpaksa kena hold di draf jer lah. Hari ni kita cuba sedaya upaya nak clearkan draf dan handphone kita supaya tak lah berat sangat. Dapur Yusfarisyia -
Doh Pizza Eno Doh Pizza Eno
#GoldenApron23Bagi penggemar pizza sudah tentu nya ada yang sukakan doh pizza yang tebal dan gebu, ada juga yang sukakan doh yang nipis dan rangup. Doh pizza selalu nya diperbuat daripada penggunaan yis kering, ada juga yang menggunakan serbuk penaik (baking powder) sebagai pengganti yis kering. Hari ini saya menggunakan eno sebagai pengganti yis mahu pun serbuk penaik.Jika menggunakan yis, doh pizza direhatkan/diperap supaya yis berkerja untuk menjadikan doh itu kembang. Lain pula jika menggunakan serbuk penaik atau eno, doh itu tak perlu diperap, dicanai dan terus dibakar. Nak tebal atau nipis ikut selera masing-masing. Dapur Yusfarisyia -
Homemade Salted Caramel Sauce Homemade Salted Caramel Sauce
Resipi dalam draf juga.Cooksnap daripada adik cantik @MalindoSedap sangat dan tak rugi mencuba, itu jer yang saya boleh katakan. 😋👍 Dapur Yusfarisyia -
Kukus Ikan Bawal Cermin Kukus Ikan Bawal Cermin
Jiwa Malaysia 🇲🇾#MalaysiaMonth #HariMalaysiake61 #16September#SeptemberChallenge #MasakanFusionMalaysiana #LambangPerpaduanMasyarakat #BerbilangKaum#KepelbagaianBudayaMasak stim ikan cara Melayu akan letak serai, cili, bawang besar, bawang putih, asam gelugur atau jus asam jawa, sebab takde saya ganti jus limau, tetapi saya gabungkan dengan cara masakan orang Cina dengan menggunakan banyak bawang putih, halia serta serbuk lada sulah dan penggunaan minyak bijan. Dapur Yusfarisyia -
Bagel dan Tiga Jenis Keju Bagel dan Tiga Jenis Keju
Dah lama teringin nak makan Bagel di satu tempat ni. Secara kebetulan ada Bagel Parmesan, yang memang dah ada Parmesan Cheese pada bagel nya. Lepas itu, tambah pula dengan Cream Cheese dan Cheddar Cheese. Sedap!9. Keju (3 point)13. Lada hitam (1 point)#GlobalApron2024#challenge10#kudapan#KejuLadaHitam9. Keju (3 point)13. Lada hitam (1 point) Alia Ali -
👩🍳Chicken Alfredo Pasta (Spaghetti) 👩🍳Chicken Alfredo Pasta (Spaghetti)
Ada beberapa resipi chicken alfredo pasta untuk dipilih tetapi saya pilih ini kerana ada stok cooking cream🤗Inspirasi resipi khairulaming 🌹🔹Apa ada disebalik nama Alfredo?Sos Alfredo ayam secara asasnya diperbuat daripada butter/ mentega, cooking cream, keju Parmesan yang baru diparut, bawang putih dan perasa disatukan untuk hasilkan sos putih yang melapisi pasta yang dimasak. Keju Parmesan menambah rasa masin dan masin. Memang sedap!🔹Fettuccine ialah pasta terbaik untuk Alfredo kerana campuran pekat dan berkrim melekat sempurna pada fettuccine, menjadikannyaberkrim.( saya guna spaghetti)🔹Keju yang lebih baik untuk alfredo ialah keju parmesan yang menambah rasa tersendiri kepada sos Alfredo. Keju biasanya diparut atau dicincang halus dan kemudian dicairkan ke dalam sos untuk menghasilkan tekstur berkrim dan enak.🔹Pasta Ayam Alfredo berbeza kerana dibuat dengan sos berkrim, manakala Pasta Ayam boleh dibuat dengan mana-mana sos, berkrim atau tidak.#pejuang2KResipi#NewYearNewRecipe1909/2K57/2024 Mahadiah
Lebih Banyak Resipi
Komen