Chocolate Blueberry Muffins

Apa ya nak dibuat untuk isi bekas yang nak dikembalikan pada rakan anak Yani ni? Haa selepas puas scroll2 gambar di Ig & Pinterest, Yani pun listkan barang yang nak dibeli. Mintak Encik Husben yang belikan je. Malas nak keluar bila mode study for exam da tiber...hahaha padahal yang exam tu si anak yang darjah 1 tu🤣😂 tapi mak memang kena turut serta lah kan masuk mode exam juga..study juga...kalau tidak nanti dia pun rilekss sangat2 seperti tiada apa yang bakal berlaku😂...exam2 juga, tapi memasak dan makan tidak dilupekan😆...baru sel2 otak berhubung dengan baik nanti bila cukup makan🥰.
Jom buat resipi ini.
Chocolate Blueberry Muffins
Apa ya nak dibuat untuk isi bekas yang nak dikembalikan pada rakan anak Yani ni? Haa selepas puas scroll2 gambar di Ig & Pinterest, Yani pun listkan barang yang nak dibeli. Mintak Encik Husben yang belikan je. Malas nak keluar bila mode study for exam da tiber...hahaha padahal yang exam tu si anak yang darjah 1 tu🤣😂 tapi mak memang kena turut serta lah kan masuk mode exam juga..study juga...kalau tidak nanti dia pun rilekss sangat2 seperti tiada apa yang bakal berlaku😂...exam2 juga, tapi memasak dan makan tidak dilupekan😆...baru sel2 otak berhubung dengan baik nanti bila cukup makan🥰.
Jom buat resipi ini.
Cara Memasak
- 1
Bahan- bahan disediakan. Campurkan susu segar, butter yang dicairkan, gula, esen vanilla dan telur dalam bekas. Kacau rata.
- 2
Kemudian masukkan tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kacau sebati. Seterusnya masukkan buah blueberry dan coklat chips. Kacau rata.
- 3
Letakkan kertas cawan di dalam loyang pembakar. Cedokkan adunan tepung dan letakkan 3/4 penuh di dalam kertas cawan tersebut. Bakar di dalam oven bersuhu 170°c selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah. Selesai dibakar, sejukkan dahulu sebelum di masukkan ke dalam bekas bertutup. Anggaran dalam 10-15 minit.
- 4
Tekstur muffin ini lembut. Rasanya seimbang. Tidak terlalu manis, masin atau masam.
- 5
Selamat menjamu selera 🤗.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Olimpik Chocolate Muffins mk89 Style Olimpik Chocolate Muffins mk89 Style
💚1906💚💚405/2024💚Katanya atlet Olimpiade masa di perkampungan olimpik antara muffin yang dia makan tersangat lah sedap..Norwegia Henrik Christiansen secara tidak sengaja membuat muffin coklat di perkampungan Olimpiade menjadi viral mamy_kitchen89 -
-
Chocolate Chip Scones Chocolate Chip Scones
#sekones #goldenapron2020😂😂 Al-kisahnya teruja nak buat scones...tau dah jangan leper sangat tapi ntah camne terbuat juga leper. Nak gelak ke nak nangis tak tahu la masa tengok scones ni sedang dibakar dalam oven hari Selasa minggu lepas.Maka selepas dibakar, was-was juga tapi bila si kecil Yani makan sampai habis, hati mak dia ni terus berbunga-bunga🌼🌼🌼 la. Semangat muncul 💪. Cakap dalam hati : akan ku buat sekali lagi nanti.Maka terjadilah resipi Cheese Scones with Scallions tu...Bila kita dah buat, tentulah nak kongsikan juga resipinya di sini.Tips : Jangan cetak / bentukkan adunan tu leper ye. Nanti ia rupe macam biskut dekat SubWay tu...😂😂😂 Eh, tapi jadi tau scones ni...luar rangup, dalam lembut. Sedap...👍Jom cuba resipi Yani ni.📍 Ingat tau jangan bentukkan ia leper...🤣🤣 Nur Azliani Amer -
Chocolate Chips Muffin (R267) Chocolate Chips Muffin (R267)
Syawal Month Challenge: Riang Ria Raya✨Selamat Riang Ria Raya Semua. Inilah Cup Cake Raya terbaharu yang akk buat untuk tetamu yang bakal datang berkunjung ke rumah nanti… mudah tapi enak tau… ‘Chocolate Chips Muffin’ namanya…. Zahrah Buang -
Choc Chips with Almonds Choc Chips with Almonds
#goldenapron #minggu20 #teamtrees"Umi, nak buat biskut ke?" Pertanyaan Si kecil Adeeba. Beliau suka bermain dengan tepung dan nak membantu kerja-kerja di dapur.Yani akan beri peluang kepada Si kecil ini untuk sama-sama mengadun tepung atau kadangkala memotong sayur. Sambil-sambil bermain, Yani kenalkan bahan-bahan kepadanya. Tujuannya ialah untuk menambah bilangan kosa kata, ada interaksi 2 hala dan memupuk minat beliau untuk memasak apabila meningkat dewasa nanti.Walaupun umur baru nak masuk 3 tahun lagi beberapa hari nanti, beliau boleh membantu Yani ambil bahan-bahan yang Yani perlukan untuk memasak seperti contoh: bawang putih, bawang merah, kentang, halia, tepung, susu, lobak merah, tomato, lemon, coklat.Yani suka lihat semangat Si kecil nak tahu banyak perkara. Kemudian ulang puji diri sendiri: "Adeeba rajinkan tolong Umi"... Tersenyum lah Yani kerana beliau ulang kata-kata Yani buat dirinya. Semoga beliau membesar dengan baik, penuh kasih sayang dan jadi insan yang hebat...Ok,jom tengok resipi minggu ini yang Yani buat bersama dengan Cik Adeeba👍. Nur Azliani Amer -
Chocolate Chips Muffin (Air Fryer) Chocolate Chips Muffin (Air Fryer)
251/2023/Pejuang2kResipi/1Hari1Resipi/1646 #pejuang2kresipiAdunan ni sama macam hakak pernah buat sebelum ni yang dibakar menggunakan oven. Cuma yang ni hakak bakar guna air fryer. Cuma tula, rupanya jadi membengkak sebelah pulak😅😂🤣. Padahal adunan yang sama guna oven elok je. Apa2 pun keseluruhannya, rasanya tetap sedap😋 Salina Jalaludin -
Mix Berry Ice Cream Mix Berry Ice Cream
#goldenapron2020 #minggu25Sebut sahaja Aiskrim, tak kira usia akan sukakannya. Begitu juga Encik Suami dan anak Yani sangat sukakan aiskrim.Jadi kali ini Yani kongsikan resipi aiskrim yang Yani buat untuk mereka. Encik Suami dan anak teruja dan mereka makan berkali-kali. 😍😃Yani tak risau lagi sebab aiskrim ni tidak terlalu manis. Nur Azliani Amer -
Mamma Mia Chicken Carbonara Buns Mamma Mia Chicken Carbonara Buns
Yani memilih bahan Roti + Carbonara sempena cabaran #GoldenApron23 #week21.Kisah lucu, dah buat baru terfikir eh boleh ke buat Si Mummy nih..hahaa...pastu Yani pun contact la Admin Cookpad...hambik soalan serius dibalasnya dengan kena gelak🤣🤣🤣...sabar je la..tapi lebih baik dari resipi itu kena rijek kan..🤭Ok, resipi asal hanyalah roti bun kosong. Tapi Yani rasa nak cuba lah masukkan inti. Siap berbincang dulu tau dengan Encik Suami...bakar dulu lar roti baru piping inti untuk elak inti terkeluar. Tapi bila sedang masak inti, ada pulak hirisan ayam dan cendawan macam mana nak piping pulak, takkan nak kisar nanti takde tekstur plk..aduh..tawakal la buat inti tersebut. Buat tidak berkuah sangat. Mungkin ok kot (cakap pada diri sendiri sambil godeh-godeh memasak inti carbonara tu)...Oklah, jom lihat resipi yang berjaya Yani cuba buat ni... Nur Azliani Amer -
Blueberry Cream Cheese Swirl Bread Blueberry Cream Cheese Swirl Bread
#jekferlailertilljannah #goldenapron2020Sejak dah ada buah hati yang seorang ni, Jekfer suka nak buat suprise. Maklumlah masih fasa honeymoon lagi. Nak melancong tak dapat sebab tengah #pkpb kan...Jadi, malam ni selepas temankan Lailer istirehat sehingga terlena, Jekfer senyap-senyap ke dapur untuk buat satu resipi istimewa khas buat Lailer.Dalam fikirannya dia nak buat kejutan sarapan pagi nanti untuk isteri tercintanya. Jadi Jekfer pun cuba resipi di Cookpad Malaysia ni. Jekfer dah jumpa resipi yang ala-ala omputeh ni : Blueberry Cream Cheese Swirl Bread. Dia dah beli bahan-bahannya lebih awal siang tadi. Tentu Lailer suka sangat nanti.Jom mulakannya 💪...bisik hati Jekfer dengan penuh bersemangat.#dramasangatJom lihat cara-caranya di bawah. Yani sekeluarga sukakannya. Nur Azliani Amer -
Blueberry Pancakes Blueberry Pancakes
Sarapan pagi ini dengan Blueberry Pancakes yang gebu,sarat dengan buah blueberry yang segar dan sungguh sedap dimakan bersama madu,alhamdulillah......Resepi sihat,mudah dan cepat siap #goldenapron #1post1hope ha.lim39 -
Carrot Cake Carrot Cake
1 lagi kek yang Yani buat dalam minggu ini🤭. Bila ada bekas makanan yang nak dipulangkan, biasanya akan ada isi yang nak diletakkan. Jaranglah Yani tak beri balasan sebab bagi Yani orang dah berbudi, kita perlulah berbahasa kecuali memang tuan punye bekas mintak segera bekas tu dan Yani tak cukup masa nak buat sesuatu barulah pulang dalam keadaan kosong.Jadinya memang laju la tangan ni scroll telefon kan. Mencari apa yang sesuai sama ada yang mudah dimasak atau yang belum Yani pernah masak tapi teringin sangat nak cuba. Macam tu lah Yani.Ok..kali ini scroll resipi Carrot Cake. Bahan memang tak ada di rumah, jadi pergilah membeli bahan dahulu.Istimewa kali ni buat untuk 2 anak kawan yang tak makan sayuran. Tapi mereka tahu kalau datang ke rumah Yani, mereka terpaksa makan sayuran🤭🤣. Penerimaan mereka selepas dapat carrot cake ni? Sedap dan makan tanpa sedar pun kek tu ada carrot.Ok, jom lihat resipi yang Yani dah #cooksnap dari Cookpader @Rohani_mZaintetapi ada tukar sedikit bahannya. Nur Azliani Amer -
German Butter Brizel German Butter Brizel
#goldenapron #minggu18 #teamtreesAssalamualaikum, hai semua...Resipi Yani kali ini sangatlah bermakna buat Yani. Kenapa? Sebab resipi ni diberi oleh kenalan Yani yang tinggal di Singapura, Kak Junidah Othman. Beliau suka kongsi resipi dan tips apabila melibatkan tentang anak mahupun keluarga. Beliau seperti mak juga buat Yani. Sangat menyenangkan dan baik orangnya. Kali ini resipi yang beliau kongsi ini kerana Yani bertanya tentang si kecil Yani yang ada alahan dengan produk tenusu lembu. Kadangkala nak beli biskut, roti ataupun minuman yang bersusu agak susah sebab si kecil Yani akan muntah dan naik gejala ruam merah serata muka dan badan. Jadi beliau syorkan resipi biskut yang mudah dibuat ini untuk si kecil Yani. Berkhasiat juga sebab ada kandungan kekacang. Bahan yang digunakan pun tidak banyak serta mudah dapat. Selain tu, beliau ajar Yani untuk sama-sama ajak si kecil untuk buat bersama. Sukalah si kecil ni sebab dapat bermain dengan tepung dan dapat buat sendiri biskut. Yani sangat berpuas hati bila dapat buat biskut yang sesuai untuk si kecil Yani makan, walaupun tahu di luar sana banyak produk yang kita boleh beli je. Tapi bagi Yani sekali sekala buat bagus juga, disamping Yani sendiri belajar mencuba, Yani juga dapat eratkan hubungan Yani dengan anak. Gembira bersama selain si kecil pun boleh belajar dan dipupuk minat untuk memasak.Ok, jom lihat bahan-bahan dan caranya buat biskut ini. Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen