👩‍🍳Kuih Buah Rotan

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 5: Kuih Raya

🕌 · 🌙 · 💚 · ✨ · 🌙 · 🎇 · 🌟 · 🤲. 🕌 · 🌙 ·

Meh nak cerita sikit hal kuih tradisional dan legend ni🤗
Mencari2 kuih raya yang guna tepung pulut… kecuali onde-onde😂
Tak tahulah kenapa susah sangat jumpa kuih ni padahal bukannya tak pernah makan .. TQ min @Rozita bagi idea disaat2 akhir dah buntu🫶 ( kuih buah rotanku saiznya besar☺️)

🫣Lihat resipi…Pada mulanya nampak mudah.. bahan2 mudah, buat doh pun mudah.. tetapi.. ada beberapa tips yg perlu dipatuhi supaya dapat kuih yang menjadi dan rangup..
1. Gentel saiz ‘sangat kecil’ (saiz kacang tanah) kerana selepas goreng ia akan kembang .
2. Jika nak mudah dan cepat, boleh canaikan doh panjang2 dan potong kecil2 tak perlulah gentel satu persatu.
3. Untuk lekatkan bijan, boleh bilas bijan dengan sedikit air. Jika tidak, bijan tak melekat pada bebola.
4. Goreng api perlahan supaya masak luar dan dalam dan juga tidak meletup
5. Goreng minyak tenggelam dan goreng sedikit sedikit.
🟣Kesimpulannya:
-Kuih banyak tips kena ikut.
-Kuih orang sabar😂
-First timer bila nak buat kuih ni, wajib baca tips dahulu.

Dua bahan magic pantry:
Tepung pulut (1 p)
Telur
Total= 1 p✅

#GlobalApron2024
#Challenge5
#KuihRaya
#TepungpulutTelur

2023/3K
167/2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 balang
  1. 250 gtepung pulut*
  2. 1 bijitelur*
  3. 100 mlsantan kotak
  4. 2 sbgula halus
  5. 1/4 stgaram
  6. 1 sbair kapur
  7. 70-100 gbijan putih
  8. SedikitAir jika perlu
  9. pilihanPewarna-
  10. Minyak masak- untuk goreng tenggelam

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan2.

    Masukkan ke dalam mangkuk: santan, gula,garam, telur dan air kapur. kacau sebati.

  2. 2

    Tuangkan campuran sedikit sedikit kedalam tepung pulut. Gaul rata hingga membentuk doh yang tidak melekat ditangan.

    Bahagikan doh kepada 4 bahagian (ikut nak berapa warna)

  3. 3

    Bentukkan /gentel jadi bebola kecil (mesti kecil sebab kuih akan kembang bila digoreng)

    Golek2kan dan Salutkan biji-biji buah rotan dengan bijan.

  4. 4

    Jika bijan susah lekat, renjiskan bijan dengan sedikit air supaya basah, lebih mudah bijan nak melekat.

  5. 5

    Panaskan minyak api perlahan.Jangan kuat nanti kuih meletup dan kuih tak masak bahagian dalam.

  6. 6

    Apabila sebelah kuih sudah keperangan, kacau supaya masak sekata.

    Angkat dan tos minyak.

    Sejukkan dahulu sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

    Salam Aidil Fitri💕

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (4)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Tu diaaaaa macam onde onde saiz 🤣🤣🤣 Makan sebijik dua sorang pun dah cukup ni 😆

Resipi Sepertinya