Cucur Pisang Salai

Jiwa Merdeka 🇲🇾
Zaman nenek moyang kita dahulu makan apa yang ada je. Apa yang tumbuh di sekeliling rumah, keliling kampung, tu yang mereka kutip buat makan. Beras pun susah nak jumpa time tu, kalau ada pun mahal. Mereka hanya bergantung pada apa yang mereka tanam atau boleh jumpa di sekeliling kampung. Sebagai contoh pokok pisang, bukan setakat buah nya sahaja boleh dimakan tetapi jantung pisang dan umbut pisang juga boleh dimakan. Mereka bijak mengolah pisang yang banyak supaya pisang tu tak rosak/busuk dengan menyalai agar dapat disimpan lama. Bila nak makan boleh dimakan terus atau pun boleh dibuat cucur dengan mencelupkan pisang salai ke dalam bancuhan tepung, kemudian digoreng.

Cara Memasak
- 1
Satukan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit bersama garam dan gula, kacau rata.
- 2
Masukkan air kapur dan tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Adunan sedikit cair ye. Panaskan minyak masak dan celupkan pisang salai ke dalam adunan tepung.
- 3
Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana besar. Angkat dan toskan minyak nya. Sedia untuk dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen