Pinarasakan Sada (ikan ampap)

Pinarasakan Sada dalam bahasa kadazan dusun dan Ikan Ampap dalam bahasa Malaysia.
Masakan ini sangat popular di Sabah dan sudah di hidang sejak turun-temurun dari nenek moyang. Ingat lagi masa saya masih kanak- kanak , nenek selalu masakan hidangan ini. Resipinya sangat simple dan mudah. Boleh bertambah nasi.
Bahan utama ialah ikan, kunyit, takob-akob, halia dan garam.
Takob-akob dipanggil dalam bahasa etnik adalah sebiji buah yang mempunyai kulit yang asam dan buah yang manis. Biasanya kulit akan dipisahkan dari buahnya dan dikeringkan.
Namun, sekiranya kamu tiada buah ini, kamu boleh juga guna asam jawa atau asam keping.
Ikan basung selalu digunakan untuk masakan ini namun kalau tiada basung , boleh seja pakai ikan lain.
Kunyit kalau boleh gunakan yang hidup. Kebetulan saya tiada so pakai serbuk sahaja.
Asam jawa fresh pun saya tiada so guna yang dari botol 😅
sangat nostalgia masakan ini. Selamat mencuba!

Cara Memasak
- 1
Dalam periuk, masukkan ikan. Masukkan semua bahan termasuk garam, kunyit dan asam jawa.
- 2
Tambah air, tutup periuk dan Reneh 15 minit.Kemudian sambung reneh dengan tutup periuk terbuka selama 15 minit lagi.
- 3
Setelah air semakin kurang, ikan dah masak, boleh rasa supnya. Kalau puas hati boleh off api. Siap untuk di hidang dengan nasi.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen