Muffin Coklat Olimpik (Cara Ku)

Global Apron 2024 Challenge 23: PUTIH 🤍
#MerdekaMonth #Ogos
#WarnaJalurGemilang 🇲🇾
Sukan Olimpik Paris 2024 baharu jer melabuhkan tirai nya beberapa hari yang lalu. Sana-sini-situ lalu lalang muffin coklat viral olimpik. Kita pulak memang hantu coklat muffin, takleh jadi ni nak juga cuba buat tapi dengan cara sendiri. Dengar tu ye CARA KU. Jangan ada yang kecam pulak 🙏. Kenapa cara ku? Sebab guna bahan yang ada jer kat kitchen pantry, nak perhabiskan coklat takut tamat tempoh. Kalau ikutkan resipi ada diletakkan coklat yang telah dicairkan ke dalam adunan tetapi saya tak letak. Dan ikutkan resipi, lepas muffin masak dipipekan dengan coklat yang dicairkan atau chocolate ganache tetapi saya ganti dengan cream cheese dan white coklat. Saya juga menggunakan empat jenis coklat yang berbeza di dalam resipi ni, kan awal-awal dah cakap nak perhabiskan coklat sebelum tamat tempoh dan guna apa yang ada jer. Oh lupa nak cakap, resipi ni saya ambik di TT, banyak versi korang boleh cuba. Memang sedap. Disebabkan cabaran 23 ni saya olah ikut bahan pada list Cookpad Magic Pantry.
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Cream cheese (3) + greek yoghurt (3) + susu segar (1) + tepung gandum (1) + white chocolate (2)

Cara Memasak
- 1
Satukan bahan kering dan gaul rata, ketepikan.
- 2
Dalam bekas lain, satukan susu segar dan cuka, kacau rata biar 5-7 minit. Tuang campuran susu tadi dan greek yogurt ke dalam adunan kering.
- 3
Tuangkan juga minyak masak dan telur dan kacau rata.
- 4
Potong coklat Soudan dan masukkan ke dalam adunan bersama serbuk kopi instant. Coklat soudan ni tak berapa manis ya. (Jika tiada boleh letak 1 cawan semi sweet chocolate chip).
- 5
Masukkan juga white chocolate chip dan dark chocolate chip, kacau rata. Sementara itu panaskan oven dengan suhu 180'c 15 minit. Lapik loyang muffin dengan kertas kek cawan. Isikan 3/4 adunan dan tabur white chip chocolate dan Beryl's dark chocolate coin.
- 6
Bakar 15-20 minit/masak. Cucuk dengan lidi untuk memastikan muffin masak. Suhu bergantung kepada oven masing-masing.
- 7
Sejukkan muffin di wire rack. Sementara itu pukul cream cheese (suhu bilik) dan campurkan white chocolate chip yang telah dicairkan bersama mentega dengan cara double boil, pukul hingga sebati.
- 8
Cucuk muffin dengan chopstick/straw besar dan pipekan cream cheese di dalam nya.
- 9
Buat hingga habis. Sedia untuk dihidangkan.
- 10
Sedia untuk dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)