Roti Focaccia Dengan Sosej, Bunga Telang dan Anggur Hitam

Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
Subang Jaya, Selangor.

Dah lama teringin nak buat Roti Focaccia. Tapi bila tengok cara buat macam remeh sahaja.

Masa scroll Tik Tok, jumpa resepi dari shaunthefoody. Cara dia terang nampak senang, bila buat memang senang 😂. Tak payah susah-susah nak uli pun.

Resepi ini untuk makan seorang, tapi nak makan dua orang pun boleh juga.

Resepi asal letak serbuk lada hitam dan garam di atas roti. Saya letak bahan-bahan untuk challenge minggu ini.

Saksikan lah Roti Focaccia Dengan Sosej, Bunga Telang dan Anggur Hitam.

1. anggur hitam (3 point)
4. bunga telang (2 point)

#GlobalApron2024
#challenge25
#biru

Roti Focaccia Dengan Sosej, Bunga Telang dan Anggur Hitam

100+ orang telah melihat resipi ini

Dah lama teringin nak buat Roti Focaccia. Tapi bila tengok cara buat macam remeh sahaja.

Masa scroll Tik Tok, jumpa resepi dari shaunthefoody. Cara dia terang nampak senang, bila buat memang senang 😂. Tak payah susah-susah nak uli pun.

Resepi ini untuk makan seorang, tapi nak makan dua orang pun boleh juga.

Resepi asal letak serbuk lada hitam dan garam di atas roti. Saya letak bahan-bahan untuk challenge minggu ini.

Saksikan lah Roti Focaccia Dengan Sosej, Bunga Telang dan Anggur Hitam.

1. anggur hitam (3 point)
4. bunga telang (2 point)

#GlobalApron2024
#challenge25
#biru

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan-bahan untuk doh roti:
  2. 60 gm (1/2 cawan)tepung roti berprotein tinggi
  3. 45 gmair suam (1/4 cawan)
  4. 1/4 sudu tehyis segera (instant dried yeast)
  5. Secubitgaram
  6. 1 sudu teholive oil
  7. Bahan untuk alas loyang:
  8. 1 sudu teholive oil
  9. 1non stick baking paper
  10. Bahan-bahan untuk letak atas roti:
  11. 2 sudu teholive oil (minyak zaitun)
  12. 2 batangsosej (rebus dan hiris)
  13. 5 kuntumbunga telang
  14. 3 bijianggur hitam (belah dua)

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan air suam, garam, yis dan minyak zaitun dalam satu mangkuk. Kacau.

  2. 2

    Masukkan tepung roti ke dalam satu mangkuk. Campurkan air tadi. Kacau dengan sudu.

  3. 3

    Bila tengok, doh macam adunan jemput-jemput, biarkan, jangan campur air.

    Tutup mangkuk dengan plastik. Saya tutup mangkuk tadi guna pinggan sahaja. Biarkan doh naik selama 45 minit.

  4. 4

    Kemudian letak non stick baking sheet atas loyang. Sapukan minyak zaitun di atas kertas tadi.

  5. 5

    Letakkan doh atas loyang.
    Tutup loyang dengan pinggan.
    Biarkan doh rehat selama 1 jam, doh akan naik lagi sehingga dua kali ganda.

  6. 6

    Letak minyak zaitun atas adunan, buat lubang atas adunan guna jari. Tutup loyang dan rehatkan lagi doh sehingga 2 jam.

  7. 7

    Siapkan sosej, bunga telang dan anggur hitam.

  8. 8

    Apabila doh naik, susun sosej, bunga telang dan anggur hitam atas dog tadi.

    Bakar dalam oven, dengan suhu 230°C selama 20 minit.

  9. 9

    Bakar lagi sekiranya nak warna roti jadi lagi perang.

  10. 10

    Pertama kali saya makan, roti focaccia ini. Teksturnya lembut dalam dan sedikit rangup di bahagian luar.

  11. 11

    Saya cuba makan roti dengan unsalted butter dan cream cheese.

    Untuk roti bahagian bunga telang dan anggur hitam, sesuai dimakan begitu sahaja.

    Untuk bahagian sosej, sedap dimakan dengan cheese. Nak makan dengan mayonis dan cili pun sedap juga.

    Saya rasa roti focaccia ini, tak sesuai makan dengan unsalted butter, mungkin kalau makan dengan salted butter lagi sedap. Atau memadai tabur garam atas roti sebelum dibakar sekiranya nak dimakan dengan unsalted butter.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Alia Ali
Alia Ali @alia_ali
pada
Subang Jaya, Selangor.

Komen

Resipi Sepertinya