Meringue cookies / biskut ice cream/ biskut pusat

Dulu masa kecil panggil biskut pusat. Selalu makan part yang cream dia jeee. Ingat susah nak buat, rupanya senang jee. Budak-budak suka la makan.
Meringue cookies / biskut ice cream/ biskut pusat
Dulu masa kecil panggil biskut pusat. Selalu makan part yang cream dia jeee. Ingat susah nak buat, rupanya senang jee. Budak-budak suka la makan.
Cara Memasak
- 1
Campur semua bahan PART A dalam satu bekas. Kacau sehingga sebati dengan senduk. Pastikan adunan tak terlalu lembut dan tak terlalu keras. (KALAU KERAS LETAK PLANTA SIKIT/ KALAU LEMBUT TAMBAH TEPUNG GANDUM)
- 2
Ambil adunan PART A tadi kita nipiskan dengan roller. Tebal dia agak2 sahaja. (Maaf tiada gambar😭)
- 3
Cari pencetak macam ni. Kemudian tekap diatas adunan yang kita dah nipiskan. Saya tak ada pencetak ni jadi saya pakai hujung nozzle ni
- 4
Sementara kita nak tekap biskut ni. Panaskan oven 150 °C selama 10 minit dulu
- 5
Lepas dah siap, susun adunan yang kita cetak ke dalam tray. Panaskan biskut dahulu 150 °C selama 10-15 minit (ikut oven).
- 6
Sementara kita tunggu biskut masak, boleh buat meringue dah. Pukul telur putih sehingga kembang. Nak senang pakai je mixer.
- 7
Masukkan gula sikit demi sikit dan kacau sampai dia soft peak. Tips nak tahu soft peak ni, bila kita try angkat adunan tu, dia tak jatuh dan steadh je kat mixer tu.
- 8
Kemudian, bahagi adunan ke beberapa bahagian untuk dicampur dengan pewarna makanan.
- 9
Masukkan adunan meringue dalam plastik yang bernozzle. Kalau xde nozzle pon xpe, just gunting ja hujung tu kecil.
- 10
Bila biskut dah siap masak, paipkan adunan meringue atas biskut tadi. Meringue ni dia tak akan jair jadi letak je banyak2 kalau suka manis.
- 11
Kemudian panaskan balik biskut yang dah ada meringue selama 90 minit suhu 100 °C (ikut suhu masing2)
- 12
Selepas siap masak tunggu meringue sejuk dulu baru simpan dalam bekas
Tip
- Kita bakar bahagian biskut dulu supaya kita boleh potong masa untuk masak meringue. Jadi sepatutnya 90 minit ialah masa yang tepat.
- nak tahu meringue tu masak, dalam meringue sepatutnya tak lembik atau tak texture masmellow. Jadi boleh ambil satu biskut untuk rasa sama ada meringue sudah keras atau tak.
-Bakar dalam oven guna api atas bawah ya.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi






Komen (2)