Ultimate Big Breakfast

Cookpad Apron Challenge 2026 : Masak Western Sendiri Lah
Sarapan ni cukup mengenyangkan dan dah tak perlu makan tengahari lagi dah. Mula² nak buat guna dada ayam rupa² nya dada ayam dah habis encik suami buat masak sup malam² sewaktu kelaparan menonton perlawanan bola dunia. Saya pula, waktu begitu memang sudah jauh ke bulan bintang, tak sedar apa kejadian di dapur 🤭Padan lah apabila nak masak hairan mana pergi dada ayam seketul yang saya tinggal di dalam freezer takde. Godek² freezer, jumpa daging dan sosej. Ambil sosej jer lah lagi mudah. Hidangan ini kalau dimasak guna satu kuali memang akan ambil masa lama tetapi kalau digunakan sampai 2@3 biji kuali/periuk masak serentak akan mempercepatkan kerja janji tangan tu cepat buat kerja dan pengambilan masa tak lah lama.

Cara Memasak
- 1
Kupas kulit ubi kentang dan jagung. Ubi kentang dipotong dua, jagung dipotong 3. Rebus hingga ubi kentang empuk dan jagung masak anggaran 15 minit. Cucuk ubi kentang dengan garfu, jika lembut, angkat ubi kentang dan jagung, toskan, asingkan. Sapu mentega pada jagung dan tabur garam, serbuk lada hitam serta mixed herbs. Ketepikan jagung.
- 2
Sementara itu, potong kiub ubi kentang tadi. Masukkan serbuk lada hitam, garam dan mayonis. Gaul rata dan sejukkan dahulu di dalam chiller.
- 3
Didihkan air, celur brokoli anggaran 1-2 minit Angkat dan toskan, rendam dalam air sejuk dari peti ais selama kira-kira 1–2 minit, kemudian toskan. Tomato dibelah dua dan ditabur garam dan serbuk lada hitam.
- 4
Panaskan kuali dan cairkan mentega. Letakkan bahagian tomato yang dipotong menghadap bawah dahulu selama 3–4 minit.
Terbalikkan dan panggang lagi 2–3 minit jika mahu lebih lembut. Angkat dan asingkan. Guna kuali yang sama, cairkan mentega lagi. - 5
Toskan brokoli tadi dan panggang 2-4 minit setiap bahagian. Tabur garam dan serbuk lada hitam. Angkat dan ketepikan. Tambah lagi mentega dan panggang 8–10 minit, sambil dipusing setiap 2–3 minit supaya masak sekata.
- 6
Cairkan mentega dan tumis bawang putih 1-2 minit (jangan sampai bawang putih menjadi perang gelap kerana boleh jadi pahit). Masukkan susu segar.
- 7
Masak 2–3 minit dengan api sederhana hingga hampir mendidih (jangan biarkan mendidih kuat). Masukkan keju cheddar sambil dikacau sehingga cair sepenuh nya. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan mixed herbs. Renehkan hingga sos sedikit pekat 3–5 minit. Jika sos nampak terlalu pekat, tambah sedikit susu. Jika terlalu cair, terus reneh beberapa minit lagi sambil dikacau.
- 8
Panggang roti sandwich guna kuali leper 2–3 minit setiap bahagian. Angkat dan ketepikan. Panaskan kacang panggang (baked beans) 3–5 minit dengan api sederhana, kacau sekali-sekala. Goreng telur mata dengan kuning masih cair (sunny side up)
2–4 minit dengan api kecil hingga putih telur masak sepenuh nya tetapi kuning telur masih lembut dan cair. - 9
Susun di dalam pinggan besar dan boleh lah terus dihidangkan bersama sos bawang putih berkrim.
- 10
Sedia untuk dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen