Puding Roti Kurma Coklat #Peraduan Resepi - Kurma

Setiap rumah pasti ada menyimpan stok buah kurma di sepanjang bulan Ramadan. Buah kurma sangat berkhasiat. Selain boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dicampur di dalam ramuan minuman atau masakan. Di sini saya kongsikan resepi Puding Roti Kurma Coklat. Ianya sangat sesuai dijadikan sebagai pemanis mulut semasa berbuka puasa.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
- 2
Kurma dibuang biji dan direndam hingga lembut.
- 3
Kisar kurma dengan 1/2 cawan air. Tapis dan ketepikan.
- 4
Bancuh serbuk koko dan Milo dengan sedikit air suam. Tujuannya ialah supaya ia tidak berketul-ketul semasa dicampur dengan adunan Puding nanti. Ketepikan.
- 5
Masukkan susu cair, susu pekat, tepung kastard, roti yg tlh dicarik-carik, telur & esen vanilla ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati. Ketepikan.
- 6
Masak 4 cawan air, serbuk agar-agar & gula di dlm periuk atau kuali sehingga mendidih.
- 7
Masukkan bahan2 yg tlh dikisar tadi, butter & secubit garam. Kacau hingga mendidih. Matikan api.
- 8
Bahagikan kpd 2 periuk atau kuali berasingan. Satu kuali, masukkan kurma yg tlh dikisar. Satu kuali lagi, masukkan bancuhan serbuk koko & Milo.
- 9
Kacau sebati sehingga kedua-duanya mendidih. Guna api perlahan.
- 10
Basahkan loyang atau alas loyang dgn plastik. Tuangkan adunan yg mengandungi kurma. Biarkan ia separa keras. Kalau nak agar2 cepat keras, letak di bawah kipas angin.
- 11
Tuangkan perlahan-lahan adunan agar2 yg mengandungi serbuk koko & Milo ke atasnya. Sejukkan. Apabila telah sejuk, baru simpan di dalam peti sejuk.
- 12
Apabila hendak makan, barulah keluarkan dari peti sejuk. Sedap dimakan sejuk-sejuk. Terbalikkan ke dalam pinggan atau boleh dipotong terus.
- 13
Nota kaki : Adunan Puding boleh juga dituang secara berselang seli. Maka akan terhasil Puding Roti Marble Kurma Coklat.
- 14
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen