Jejari Roti Coklat

Syima Yusof
Syima Yusof @syimayusof
Shah Alam

Snek mudah dan disukai bukan sahaja pada hari raya tapi ianya adalah ‘all time favourite’ anak-anak. Musim tak raya pun snek ni satu kemestian.
#kudap2
#kudapan
#minggu4
#marathonraya
#CookpadMalaysia
#PeraduanResipi

Jejari Roti Coklat

Snek mudah dan disukai bukan sahaja pada hari raya tapi ianya adalah ‘all time favourite’ anak-anak. Musim tak raya pun snek ni satu kemestian.
#kudap2
#kudapan
#minggu4
#marathonraya
#CookpadMalaysia
#PeraduanResipi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1buku roti saiz besar
  2. 300 gmNestum
  3. 900 gmCoklat Beryls

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan

  2. 2

    Potong bahagian tepi roti. Kemudian potong kecil kepada 16 bahagian

  3. 3

    Susun kepingan roti yang telah dipotong kecil tadi dalam dulang pembakar. Susun rapat dan pastikan tidak bertindan.

  4. 4

    Bakar pada suhu 130 Celsius selama 20 minit (bergantung pada oven masing-masing)

  5. 5

    Sementara tunggu kepingan roti masak. Cairkan coklat dengan kaedah ‘double boil’ (air panas di periuk bawah, coklat dalam mangkuk) kacau sampai coklat cair.

  6. 6

    Kemudian bila roti dan dibakar. Bolehlah mulakan proses mencelup. Salut sepenuhnya kepingan roti dengan coklat yang dicairkan tadi.

  7. 7

    Kemudian masukkan pula dalam mangkuk berisi nestum.

  8. 8

    Susun roti yang telah disalut nestum tadi dalam tray. Bakar semula selama 20 minit suhu 130 celsius

  9. 9

    Siap. Boleh simpan dalam bekas kedap udara bila sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Syima Yusof
Syima Yusof @syimayusof
pada
Shah Alam

Komen

Resipi Sepertinya