Churros Montok

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Ramai peminat churros, selalu orang buat panjang tapi kali ini kita buat montok senang dimakan.

Churros Montok

Ramai peminat churros, selalu orang buat panjang tapi kali ini kita buat montok senang dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawantepung gandum
  2. 1 cawanair
  3. 3 sudu makanbuttercup
  4. 1 sudu makangula
  5. 2biji telur B
  6. esen vanila
  7. Bahan salut:
  8. gula halus
  9. serbuk kulit kayu manis
  10. coklat ganache pun boleh

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam periuk masukkan air, gula & butter masak hingga cair dan mendidih [tidak perlu didih lama sekejap sahaja].
    - Tutup api, masukkan tepung gandum, kacau sebati, sejukkan adunan
    - Dalam bekas lain kocok telur bersama esen vanila, masukkan telur sedikit-sedikit ke dalam adunan sejuk tadi sambil kacau dengan senduk kayu hingga sebati dan seakan memberat, siap dah adunan..

  2. 2

    Sediakan piping bag & nozzle kesukaan, masukkan adunan
    - Panaskan minyak dalam kuali, picit adunan dalam kuali dan putuskan adunan yang dipicit dengan gunting
    - Goreng hingga masak kekuningan cantik, angkat toskan minyak
    - Sedia untuk dihidangkan, tabur gula kulit kayu manis atau celup coklat ganache

    Note : nak churros tu montok guna nozzle size giant yg besar tu

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Resipi Sepertinya