Kek Puding Kastard Karamel

Saya beri nama KEK PUDING KASTARD KARAMEL kerana ada penambahan bahan pada bahagian pudingnya..salah satu solution juga bagi yg membuat kek ini kadang kala pudingnya jadi lembut dan pecah bila diterbalikkan ...Caranya saya tambah 1 sudu besar tepung kastard pada adunan puding..bila masak ia menjadikan bahagian puding lebih kental dan tak mudah pecah..terpulang apa jenama tepung kastard pun boleh..Lagi cantik bila dipotong kek mestilah disejukkan terlebih dahulu lebih kurang 1 ke 2 jam.
Kek Puding Kastard Karamel
Saya beri nama KEK PUDING KASTARD KARAMEL kerana ada penambahan bahan pada bahagian pudingnya..salah satu solution juga bagi yg membuat kek ini kadang kala pudingnya jadi lembut dan pecah bila diterbalikkan ...Caranya saya tambah 1 sudu besar tepung kastard pada adunan puding..bila masak ia menjadikan bahagian puding lebih kental dan tak mudah pecah..terpulang apa jenama tepung kastard pun boleh..Lagi cantik bila dipotong kek mestilah disejukkan terlebih dahulu lebih kurang 1 ke 2 jam.
Cara Memasak
- 1
Sediakan loyang 7x7"persegi atau loyang bulat 8"... Bakar guna kaedah waterbath... Panaskan oven pada suhu 170 C - 180 C selama 15 minit (masukkan sekali dulang/loyang berisi air)
🍎Karamel (gula hangus).
Ratakan gula di dalam loyang dan panaskan di atas dapur api perlahan hingga gula mencair..HATI-HATI STEP INI KERANA LOYANG DAN GULA CAIR YANG PANAS..
Biarkan gula cair sepenuhnya dan goyangkan loyang hingga karamel rata..
Bila karamel dah perang cantik, alihkan loyang dan biar loyang sejuk. - 2
🍎 Puding Kastard versi tebal
Pukul lembut semua telur dan esen vanilla,saya guna whisk...masukkan susu pekat manis dan tepung kastard yang telah dibancuh dengan sedikit susu cair tadi kacau hingga sebati.Masukkan susu cair @ fresh milk dan kacau lagi hingga sebati.
Sambil menapis perlahan2 masukkan puding ke dalam loyang gula hangus tadi..Biarkan sebentar sementara kita sediakan adunan untuk kek pula.
- 3
🍎Cara buat Adunan Kuning Telur
Masukkan 3 kuning telur, gula halus, air mineral dan minyak masak ke dalam mangkuk adunan.. Gunakan whisk belon kacau sehingga gula larut.Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama ke dalam adunan kuning telur.. Masuk sedikit demi sedikit dan kacau sehingga adunan sebati... Biarkan sebentar sementara kita buat meringue putih telur pula.
- 4
🍎 Cara buat Meringue Putih Telur
Gunakan mixer pukul 6 putih telur dan cream of tartar/cuka/jus lemon hingga berbuih.. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit gula halus pukul lagi hingga adunan kembang gebu dan bertandukAmbil 1/3 adunan meringue putih telur dan masukkan ke dlm adunan kuning telur tadi dan kaup balikkan dgn whisk belon hingga sebati.. Ulang hingga adunan meringue tadi habis..pastikan adunan sebati
- 5
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian di dalam mangkuk berasingan dan letakkan beberapa titis pewarna pilihan dan kacau sebati..saya guna warna purple,merah jambu dan hijau apple.
- 6
Masukkan sesenduk adunan warna purple ke tengah loyang adunan puding tadi. Tak perlu diratakan..adunan kek akan terapung ya jangan risau ni normal sebab adunan meringue adalah ringan dan tidak akan bercampur dengan adunan puding
- 7
Masukkan pula sesenduk adunan warna merah jambu di atas warna purple tadi.
Masukkan sesenduk adunan hijau apple pula di atas warna merah jambu tadi tadi... Buat sehingga habis semua adunan bewarna tadi.
- 8
Bakar kek secara waterbath suhu 170°C selama 1 jam api atas bawah atau hingga kek masak sepenuhnya..bergantung oven anda.
- 9
Setelah kek masak keluarkan loyang kek terus dari oven dan biarkan sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Kemudian sisipkan tepi loyang kek dengan pisau dan dengan perlahan terbalikkan ke atas loyang/pinggan dan kek akan turun sendiri.
- 10
Sejukkan kek di dalam peti sejuk selama 1 jam baru dipotong dan dihidangkan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kek Coklat Puding Karamel Kek Coklat Puding Karamel
Si kakak request nak makan kek coklat puding karamel, bahagian puding biar tebal katanya.. Azizah Mansor -
Kek Karamel Alunan Kasih Kek Karamel Alunan Kasih
#selangorKek karamel ini adalah kek kegemaran saya..ia mempunyai tiga lapisan iaitu di bawahnya kek, bahagian atasnya puding & karamel. Kek ini menggunakan meringue & di bakar secara water bath secara serentak kek & puding menjadikannya sgt lembut & gebu. Ia juga salah satu kek yg menjadi pendapatan sampingan saya. Biasanya saya buat corak belang2 saja, tapi kali ni saya nak mencuba versi alunan kasih pula. Mula2 buat kek ini, rasa sgt berdebar masa nk terbalikkan di atas pinggan, takut puding karamelnya hancur..tapi alhamdulillah setakat ni ia tak pernah berlaku lagi..Kek ini sungguh sedap di makan sejuk2 😋😋 Nor Al Fatihah -
Puding karamel 🇫🇷 Puding karamel 🇫🇷
Puding karamel merupakan pencuci mulut kastard yang dilapisi karamel lembut dibahagian atasnya.Puding karamel juga dipanggil crème caramel, flan @ caramel custard.Puding karamel merupakan pencuci mulut yang berasal dari negara Perancis & Sepanyol. Seluruh dunia dikatakan menikmati pencuci mulut ini.Setiap negara mempunyai cara sedikit berbeza dalam penyediaan hidangan ini. Sedap dinikmati sama ada panas @ sejuk.#cppassport Azizah Mansor -
Puding Karamel Puding Karamel
Teringin nak makan puding karamel utk berbuka puasa. Puding karamel ini menjadi salah satu favourite dessert saya. Saya lebih suka bakar puding ni cara water bath sebab texture dia lain drp yg di kukus. Ia lebih padat, smooth & fluffy..kali ni saya terlebih mengkaramelkan gula tu..jadi warnanya menjadi perang gelap 😅 tapi takpe laa..suami ckp yg hangus tu la lagi sedap..licin jgk pun makan 😆 sedap sgt di makan sejuk2 😋😋 Nor Al Fatihah -
Kek Coklat Karamel Kek Coklat Karamel
Kek coklat karamel..gabungan dari puding yang lembut, kek yang moist & limpahan karamel yang manis menjadikan kek ini sangat sedap..lagi nikmat makan sejuk2 dari peti ais.. Nor Al Fatihah -
Kek Puding Karamel Pelangi Kek Puding Karamel Pelangi
#goldenapronKek ini di bakar sekaligus bersama dgn puding & di bakar cara water bath membuatkan kek ini sgt lembut & gebu. Sungguh enak di mkn sejuk-sejuk. Nor Al Fatihah -
Kek karamel Kek karamel
#goldenapronlevel12akak pernah menangis dan hampir putus asa buat kek ni. Tapi semangat punya pasal akak cuba dan terus mencuba hingga berjaya. Sekarang ianya menjadi sumber mata pencarian akak. Customer suka dengan kek ni bukan saja cantik tapi kek yg sangat lembut yg dilapisi dengan puding karamel di atasnya anieschoc -
Puding Karamel Mudah Puding Karamel Mudah
Puding karamel ni sangat mudah sebab saya blend je semua bahan lepas tu kukus 30 min Adilah Syahirah Jaafar -
Kek Coklat Puding Karamel Kek Coklat Puding Karamel
#goldenapron first time buat kek coklat puding karamel..hasilnya tak mengecewakan..suami siap puji..sedap katanya😊. Sarmila Sharif -
Puding Kek Kastard Puding Kek Kastard
Puding kek kastard ini untuk jamuan petang nanti. Puding ini untuk bekas kecil hanya cukup untuk base saja. Kak Long masak lagi 2 adunan untuk cukupkan 40 bekas.#cppassport Nana Isya -
Hurricane Layer Ogura Cake Hurricane Layer Ogura Cake
#BakingWith_ApaKauRasa_CookpadKek Ogura ini sgt lembut & gebu. Dengan corak hurricane menambahkan lagi seri pada kek ini..walaupun caranya agak cerewet tapi saya suka buatnya..sebelum ini pun saya pernah buat kek ogura menggunakan corak hurricane ini tapi resepi lain..sedap di makan panas2 @ sejuk..tapi bagi saya..saya lebih suka makan sejuk2 dari peti ais..😍😋 Nor Al Fatihah -
Hurricane Swissroll Cake Hurricane Swissroll Cake
Credit resepi to Enne Ty's and Jeannie Tay 💟💟...semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada kita semua in shaa Allah...Selamat mencuba 🌹💕 Mawar Wilsa
Lebih Banyak Resipi
Komen