Kek Puding Karamel Pelangi

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

#goldenapron
Kek ini di bakar sekaligus bersama dgn puding & di bakar cara water bath membuatkan kek ini sgt lembut & gebu. Sungguh enak di mkn sejuk-sejuk.

Kek Puding Karamel Pelangi

#goldenapron
Kek ini di bakar sekaligus bersama dgn puding & di bakar cara water bath membuatkan kek ini sgt lembut & gebu. Sungguh enak di mkn sejuk-sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. (Karamel)
  2. 🌈 2 sudu besar gula
  3. (Puding)
  4. 🌈 2 biji telur (kuning & putih)
  5. 🌈 3 biji kuning telur
  6. 🌈 1 tin susu cair
  7. 🌈 1/2 cawan susu pekat
  8. 🌈 1 sudu besar tepung kastad
  9. 🌈 1 sudu teh esen vanila
  10. (Meringue)
  11. 🌈 6 biji putih telur
  12. 🌈 3/4 cawan gula
  13. 🌈 1 sudu teh cream of tartar
  14. (Kek)
  15. 🌈 3 biji kuning telur
  16. 🌈 1/2 cawan gula
  17. 🌈 1/2 cawan air
  18. 🌈 1/4 cawan minyak
  19. 🌈 1 sudu teh esen vanila
  20. 🌈 1 1/2 cawan tepung gandum
  21. 🌈 1 sudu teh serbuk penaik
  22. 🌈 beberapa pewarna yg di sukai

Cara Memasak

  1. 1

    (Karamel) Cairkan gula di dalam loyang saiz 9" di atas api hingga keperangan. Sejukkan. Ia akan menjadi keras

  2. 2

    (Puding) Kacau semua bahan2 hingga sebati dengan whisk perlahan-lahan. Jangan sampai berbuih untuk elakkan daripada puding menjadi berlubang-lubang selepas di bakar nanti. Tapiskan ke dalam loyang berisi karamel yg telah sejuk tadi. Kemudian, ketepikan dulu

  3. 3

    (Meringue) Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula & cream of tartar. Pukul lagi dgn high speed hingga kental & bertanduk

  4. 4

    (Kek) Pukul telur, gula, air, minyak & esen vanila hingga berbuih/berkrim. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik yg telah di ayak bersama. Pukul lagi hingga kembang

  5. 5

    Masukkan meringue sebanyak 3x sambil kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hingga sebati. Bahagikan adunan & campur pewarna. Kacau perlahan-lahan

  6. 6

    Panaskan oven dulu pada suhu 170•c selama 10 minit. Sudukan satu adunan warna ke atas puding tadi sebanyak 4 sudu besar. Jangan risau, ia tidak akan tenggelam di sebabkan ada meringue di dlm adunan kek, ia jadi ringan & terapung di atas puding. Sudukan lagi adunan warna lain di atas adunan pertama tadi di tengah-tengah. Selang-selikan semua adunan warna hingga habis.

  7. 7

    Bakar cara "water bath" (loyang kek di letakkan di dlm loyang yg lebih besar berisi 1/3 air panas) pada suhu 170•c selama 1 jam di rak tengah, api bawah saja. Kemudian bakar 10 minit lagi pada suhu 150•c, tukar api atas saja & letak kek di rak bahagian bawah sekali. Bergantung pada oven masing2

  8. 8

    Sejukkan kek hingga tepinya lekang dari loyang. Sisipkan dgn pisau & terbalikkan ke atas pinggan perlahan-lahan. Sedap di hidang & di makan sejuk-sejuk

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (12)

Nuryaya ibahrim
Nuryaya ibahrim @Medina_1995
sis loyang saiz mmang 9inci ke? sbb npk tebal

Resipi Sepertinya