Nasi Kuning Berasa Athirah Sofiah

#goldenapron #1post1hope
#cookpadmalaysia
Ada yang nak masak istimewa untuk hujung minggu ini? Saya kongsikan resepi 'Nasi Kuning Berasa Athirah Sofiah' untuk idea kalian.
Sebenarnya, resepi asal ialah Nasi Arab dari laman web Majalah Rasa. Tetapi, apabila jamu keluarga, mereka kata, nasi ini berasa lah. Jadilah namanya Nasi Kuning Berasa.
Athirah Sofiah siapa pula? Hehehe.
Anak solehah saya. Bertambah-tambah dia makan tempoh hari. Terus jadi nama resepi ini.
Nasi Kuning Berasa Athirah Sofiah
#goldenapron #1post1hope
#cookpadmalaysia
Ada yang nak masak istimewa untuk hujung minggu ini? Saya kongsikan resepi 'Nasi Kuning Berasa Athirah Sofiah' untuk idea kalian.
Sebenarnya, resepi asal ialah Nasi Arab dari laman web Majalah Rasa. Tetapi, apabila jamu keluarga, mereka kata, nasi ini berasa lah. Jadilah namanya Nasi Kuning Berasa.
Athirah Sofiah siapa pula? Hehehe.
Anak solehah saya. Bertambah-tambah dia makan tempoh hari. Terus jadi nama resepi ini.
Cara Memasak
- 1
Untuk sukat beras, saya guna mangkuk plastik ini sahaja.
- 2
Rendam dulu ya, beras Basmathi ini. Bantu untuk hilangkan bau kurang menyenangkan.
- 3
Ambil ayam yang sudah dibersihkan, rebuskan di dalam air.
- 4
Yang ini bahan-bahan untuk merebus ayam. Bawang dibelah empat. Tomato dihiris kasar. Cili padi dibersihkan dan dibuang tangkainya. Biji ketumbar dan biji lada hitam, ditumbuk. Bahan yang lain ialah serbuk jintan manis.
- 5
Masukkan serbuk jintan manis, kayu manis, cili padi dan bawang besar ke dalam rebusan ayam.
- 6
Tumbuk biji ketumbar dan biji lada hitam
- 7
Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam air rebusan.
- 8
Masukkan hirisan tomato. Masak ayam sehingga empuk. Kemudian, toskan ayam tersebut.
- 9
Yang ini bahan-bahan untuk tumis nasi. Biji ketumbar, biji lada hitam, jintan manis dan daun pandan.
- 10
Tumbukkkan biji ketumbar dan biji lada hitam sehingga lumat.
- 11
Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi sedikit minyak masak, bersama jintan manis dan daun pandan.
- 12
Apabila tumisan sudah harum, masukkan beras yang sudah dibersihkan. Goreng sebentar.
- 13
Perapkan ayam, dengan serbuk kunyit dan madu. Kunyit terguna banyak masa masak ini. Kalau nak kurangkan serbuk kunyit, pun boleh.
Masukkan air rebusan ayam, ke dalam periuk nasi. Letak ayam yang sudah diperap di atasnya.
Pastikan air cukup untuk beras yang dipilih. Macam saya, setelah masukkan semua bahan, saya tambah air sampai nombor 6 di dalam periuk nasi.
Letakkan garam secukup rasa.
- 14
Dah siap. Berkepul-kepul asapnya.
- 15
Kali ini, nasi dihidangkan dengan salad sahaja. Sesiapa nak hidangkan Nasi Kuning Berasa Athirah Sofiah, boleh dengan tomato salsa ke, dalca ke, pun boleh. Ikut selera masing-masing ya. Selamat mencuba 😊.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Arab Simple 🇸🇦 Nasi Arab Simple 🇸🇦
Nasi arab yg simple dan sedap. Menggunakan bahan2 yg ada di dapur dah boleh menghasilkan nasi arab. Resepi mudah yg sy olah sedikit untuk ikut kesesuaian citarasa sy..Nasi arab ada banyak versi. Ada yg namanya Nasi Arab Mandy, adaNasi Arab Kabsyah dan lain-lain lg.Yg sy buat ni sy gabungkan semua resepi Nasi Arab yg sy belajar menjadi 1.. inilah dia gabungan resepi dan hasilnya ☺️#cppassport Noor Atika Mahamood -
Nasi Arab Nasi Arab
Lama dah teringin nak masak nasi arab..tapi nampak macam renyah sebab banyak bahan..harini buat jugak alang² ada tetamu nak datang.Rupanya senang sangat..lepas ni pejam mata pon boleh buat🤣takde susah mana pon bagi sya yg first time masak dan makan nasi arab ni. Walaupun resepi ni agak simple tapi serius sedap😋Inspirasi resepi @salina_jalaludin 🥰Resepi ni untuk 3 whole leg boleh makan 5 ke 6 orang..tapi sya guna 6 ketul drummet je sebab nak makan dengan lauk daging masak putih..hehe shazrina -
Nasi Arab Ayam (dengan rice cooker) Nasi Arab Ayam (dengan rice cooker)
resepi nasi arab simple, bujang pun boleh buat...😆 Rie Asri -
Nasi Arab🇸🇦 Nasi Arab🇸🇦
#cppassportSaya memang suka makan nasi Arab.kali ni saya masak nasi Arab menggunakan rempah dari Hexa.senang cepat dan mudah. Lily Suryani Mohd Ali -
Nasi Arab Bunayya Nasi Arab Bunayya
Bunayya ni maksud dia Anak KesayangankuDapat nama ni sempena kelahiran Bunayya sebab masa tu saya dapat tempahan sebanyak 450 bungkus Nasi Arab masa kelahiran anak saya. Bekejar ke hospital dan kerumah utk siapkan tempahan. Rezeki Allah, Alhamdulillah sempat siapkan tempahan walaupun lambat sikit hantar.. dan sempat lihat kelahiran anak, sehingga sekarang fav dia memang Nasi Arab Bunayya 😍#goldenapron2020 Mohd Rizuan -
Nasi Ayam Mandy Nasi Ayam Mandy
#goldenapron2020 #week3Jiran saya ramai berbangsa Arab, dari mereka saya belajar cara untuk menyediakan masakan mereka. Jangan terkejut jika saya katakan yang teror tu adalah lelaki kerana mereka banyak merantau, jadi bab masak sendiri dah terbiasa. Kali ini rempah mandy saya sediakan sendiri bukan yang dah siap beli.Selain itu rajin-rajin ler google untuk buat rujukan. Tambahan lagi musim PKP ni, banyak masa boleh digunakan. Ibnu Ghazali -
Nasi Arab Kabsah Kambing Nasi Arab Kabsah Kambing
#goldenapron2020#minggu35Resepi ini adalah untuk minggu terakhir golden apron 2020. Tak sangka juga, tahun nie Allah beri kesempatan masa dan semuanya untuk menyiapkan 35 minggu resepi dan juga semua resepi bonus golden apron 2020.Alhamdulillah 😍Untuk minggu terakhir, menu ini agak istimewa sikit.Satu famili peminat nasi arab kabsah kambing dan ayam. Sebelum prektis masak nasi arab kabsah sendiri, saya selalu beli nasi arab kabsah kat D'Arab Cafe. Pernah juga beli dari pelbagai restoran yang terkenal nasi arab kabsah tapi selera tekak famili masih juga kat D'Arab Cafe.Bila dah ada pressure cooker, makin rajin masak sendiri nasi arab kabsah sebab kalau guna periuk elektrik biasa selalunya masalah timbul nasi lembik, masak nasi tak sekata atau nasi kurang masak. Mungkin saya kurang pandai lagi kot🤭😂Sejak ada pressure cooker, hampir setiap bulan masak nasi arab kabsah.Kali nie saya cuba cara nie pulak. Iaitu beras tidak direndam tapi direbus dulu dengan air panas mendidih dalam 5 minit. Setiap kali masak nasi arab kabsah memang kena masak banyak sebab satu famili suka.Jom cuba versi saya pula 😘 Noor Hassan -
Nasi Arab Mendhi 🍗🥗🇾🇪 Yemen Nasi Arab Mendhi 🍗🥗🇾🇪 Yemen
Resepi berkongsi rezeki kali ni kita share resepi Nasi Arab. Ini pertama kalinya saya cuba. Ramai yang mula berniaga Nasi Arab secara dalam talian atau tidak. Kisah pandemik yang melanda menjadikan kita lebih kuat, kreatif dan nekad. Dapat masak untuk keluarga pun dah cukup wow dah rasa. Selalu saya beli jer kat Klang ni. Selalu beli ayam Kabsya. Sebab ayam Mendhi dia macam keras sikit, kalini kita share resepi ayam Mendhi lembut inshaAllah sampai malam hehee. Terima kasih kepada kakak kakak dan abang abang CP yang sudi share resepi sedap ni. 🤗❤️#cppassport Nurul Kefftya -
Nasi Minyak Pandan Orang Kampong Nasi Minyak Pandan Orang Kampong
Resepi ini saya belajar sepanjang saya berada di Singapura dan ianya telah diajar oleh ibu kepada rakan baik saya. Pengalaman tersebut ibu beliau menceritakan kepada saya ketika ibunya masih gadis remaja di mana ketika itu Singapura masih lagi banyak perkampungan. Apabila musim kenduri dan ketika membuat kenduri doa selamat secara kecil-kecilan untuk tetamu 2-3 dulang, menu Nasi Minyak Pandan ini biasanya akan menjadi pilihan mereka. Bersama ini saya berkongsi resepi untuk kalian semua. PaanSelamat1980 -
Nasi Arab Homemade Nasi Arab Homemade
Day121/366/2020/April/30#bazaarramadan #minggu3 #cookpadmalaysiaBulan puasa teringin nak makan nasi arab. Apa susah kita buat je. Walaupun rasanya mungkin tak serupa sebiji macam pak arab masak. But its ok. Its from our own air tangan hokey. Hehehe.. Di dalam resipi ni hakak tak letak saffron. Tapi jika korang ada stok saffron boleh je masukkan ke dalam bahan nasi..Secara jujurnya penyediaan nasi ini agak rumit sebab terlalu banyak bahan dan langkah penyediaannya. Tapi percayalah usaha memasak resipi ini memang berbaloi. Hakak masak nasi ni 2hari tau untuk iftar Day3 & iftar Day4. Sampai kawan kata, lepas ni boleh lah cakap arab. Well setakat nak sebut Assalamualaikum, Waalaikumsalam, Bismillah & Alhamdulillah tu boleh je 🤭😂.Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba silakan. Tapi gigih sikitlah yer. Ni pun hakak dah tulis dalam versi yang paling mudah untuk difahami dah. Selamat mencuba 😘 Salina Jalaludin -
Nasi Arab Kabsah Ayam 🇸🇦 Nasi Arab Kabsah Ayam 🇸🇦
#cppassportKabsa/ Kabsah ialah nasi campuran yang berasal dari negara Arab Saudi. Biasa dihidangkan di dalam dulang komunal. Ia juga dikenali sebagai hidangan nasional bagi negara-negara di Semenanjung Tanah Arab.Kali ini Yani mencuba resipi Nasi Kabsah Ayam. Biasanya Yani beli sahaja di kedai yang menyediakan menu masakan arab, tetapi sejak musim pandemik ni dan dah jarang keluar, maka Yani rasa patut mencuba untuk memasaknya sendiri. Lebih muaikan dan boleh makan berulang kali👍😊 sebab Yani ni penggemar makanan dari timur tengah juga.Jom lihat cara-caranya dibawah ini. Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen