Nasi Arab Homemade

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Tronoh, Perak, Malaysia

Day121/366/2020/April/30
#bazaarramadan #minggu3 #cookpadmalaysia
Bulan puasa teringin nak makan nasi arab. Apa susah kita buat je. Walaupun rasanya mungkin tak serupa sebiji macam pak arab masak. But its ok. Its from our own air tangan hokey. Hehehe.. Di dalam resipi ni hakak tak letak saffron. Tapi jika korang ada stok saffron boleh je masukkan ke dalam bahan nasi.
.
Secara jujurnya penyediaan nasi ini agak rumit sebab terlalu banyak bahan dan langkah penyediaannya. Tapi percayalah usaha memasak resipi ini memang berbaloi. Hakak masak nasi ni 2hari tau untuk iftar Day3 & iftar Day4. Sampai kawan kata, lepas ni boleh lah cakap arab. Well setakat nak sebut Assalamualaikum, Waalaikumsalam, Bismillah & Alhamdulillah tu boleh je 🤭😂
.
Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba silakan. Tapi gigih sikitlah yer. Ni pun hakak dah tulis dalam versi yang paling mudah untuk difahami dah. Selamat mencuba 😘

Nasi Arab Homemade

Day121/366/2020/April/30
#bazaarramadan #minggu3 #cookpadmalaysia
Bulan puasa teringin nak makan nasi arab. Apa susah kita buat je. Walaupun rasanya mungkin tak serupa sebiji macam pak arab masak. But its ok. Its from our own air tangan hokey. Hehehe.. Di dalam resipi ni hakak tak letak saffron. Tapi jika korang ada stok saffron boleh je masukkan ke dalam bahan nasi.
.
Secara jujurnya penyediaan nasi ini agak rumit sebab terlalu banyak bahan dan langkah penyediaannya. Tapi percayalah usaha memasak resipi ini memang berbaloi. Hakak masak nasi ni 2hari tau untuk iftar Day3 & iftar Day4. Sampai kawan kata, lepas ni boleh lah cakap arab. Well setakat nak sebut Assalamualaikum, Waalaikumsalam, Bismillah & Alhamdulillah tu boleh je 🤭😂
.
Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba silakan. Tapi gigih sikitlah yer. Ni pun hakak dah tulis dalam versi yang paling mudah untuk difahami dah. Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3jam
3-4orang
  1. Bahan Rebusan :
  2. 4 ketulayam
  3. 1/2 bijibawang besar (dihiris)
  4. 1 sudu besarjintan manis (ditumbuk kasar)
  5. 1 sudu besarserbuk lada hitam
  6. 1 sudu besarbiji ketumbar (ditumbuk kasar)
  7. 5 bijibuah pelaga
  8. 1 ketulkiub pati ayam
  9. 1 sudu besarserbuk kunyit
  10. 2 sudu besarrempah kurma
  11. 2 sudu besargaram (untuk ni boleh tambah lagi jika rasa kurang masin)
  12. Secukupnyaair (untuk merebus)
  13. Bahan Nasi :
  14. 1 1/2 cawanberas basmathi
  15. 1 cawanair
  16. 3 cawanair rebusan ☝🏼
  17. 2 sudu besarminyak sapi
  18. 1 bijibawang besar (dipotong kasar)
  19. 2 incihalia (dihiris kasar)
  20. Rempah 3sekawan (1batang Kulit Kayu manis, 5biji bunga cengkih & 1kuntum bunga lawang)
  21. 5 titispewarna oren
  22. 3 tangkaidaun ketumbar
  23. 1 ketulkecil arang & 2sudu minyak masak
  24. Bahan Ayam Bakar :
  25. 4 ketulayam yang telah direbus tadi ☝🏼
  26. 2 sudu besarserbuk cili
  27. 2 sudu besarserbuk kari
  28. 1 sudu besarsos tiram
  29. 1 sudu tehgaram
  30. Bahan Sambal Arab :
  31. 2 bijicili besar
  32. 7 bijicili padi hijau
  33. 1 bijitomato
  34. 2 ulasbawang putih
  35. 2 tangkaidaun ketumbar
  36. 1/2 sudu tehgaram
  37. 1 hirisanlemon
  38. Bahan Salatoh :
  39. 1 bijitomato (dipotong dadu)
  40. 1/2 bijitimun (dipotong dadu)
  41. 1/2 bijibawang besar (dipotong dadu)
  42. 1 sudu besargula
  43. 1 sudu kecilgaram
  44. 1 hirisanlemon

Cara Memasak

3jam
  1. 1

    Bahan Rebusan :
    Semua bahan dimasukkan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.

  2. 2

    Bahan ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian nanti iaitu air rebusan untuk memasak nasi & sup. Manakala ayam akan dibakar.

  3. 3

    Bahan Nasi :
    Beras basmathi dibasuh dan direndam terlebih dahulu selama 30minit. Bilas dan toskan.

  4. 4

    Tumis bawang besar halia dan rempah 3sekawan dengan minyak sapi sehingga naik bau. Masukkan beras basmathi yang direndam tadi. Masak sehingga garing (maksud garing di sini, semua minyak sapi melekat pada permukaan beras). Tutup api dan masukkan beras tersebut ke dalam periuk.

  5. 5

    Ni part yang paling penting untuk masak nasi iaitu sukatan air. Masukkan air rebusan ke dalam periuk nasi dan air biasa. Sukat betul-betul untuk dapatkan hasil nasi yang baik. Beras basmathi sukatan dia 1 : 1 1/2 (iaitu 1 bahagian nasi : 1 1/2 bahagian air). Jika guna beras biasa, sukat seperti memasak nasi biasa.

  6. 6

    Masak sehingga nasi masak sempurna. Letakkan pewarna oren dan daun ketumbar. Kuis nasi menggunakan sudu garfu sahaja untuk ratakan pewarna.

  7. 7

    Ni tips tambahan jika untuk bagi nasi ni ada aroma yang sedap : bakar arang seketika dan masukkan ke dalam bekas berisi minyak masak. Letakkan ke dalam periuk nasi. Tutup periuk nasi tu. Tujuan untuk memberikan aroma tambahan pada nasi arab kita. Jika tak nak buat pun tak de masalah.

  8. 8

    Bahan Ayam Bakar :
    Ayam diperap dengan serbuk cili, serbuk kari, sos tiram, garam, gula dan serbuk perasa. Perap selama 1/2jam (jika nak lebih lama pun boleh je). Bakar sehingga garing (boleh bakar guna arang, ketuhar, air fryer ataupun magic pan, terpulang. macam saya guna magic pan je). Bakar sehingga garing.

  9. 9

    Bahan Sambal Arab :
    Cili besar, cili padi, bawang putih, tomato, ketumbar di potong kasar dan dikisar halus. Masukkan garam dan perahan lemon. Kacau sebati.

  10. 10

    Bahan Salatoh :
    Semua bahan dicampurkan dan diperah jus dari hirisan lemon.

  11. 11

    Cadangan Hidangan :
    Nasi dicedok dan diletakkan di tengah-tengah pinggan. Kelilingnya boleh diletakkan ayam bakar, sup, salatoh dan sambal arab. Selamat mencuba 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
pada
Tronoh, Perak, Malaysia
Passion in Cooking|Foods|PhotoVideography👩‍🍳 2024 / 2025 “TerusMelangkah3k”👩‍🍳 2023 / 2024 “Pejuang2kResipi” ✅👩‍🍳 2022 “World Recipes” (109/200) ☑️👩‍🍳 2021 “Road To 1k” ✅👩‍🍳 2020 “1Hari1Resipi” ✅👩‍🍳 2019 “Beginner Zone” ✅
Baca lagi

Komen (15)

khairull alip
khairull alip @aliffaming
Assalam kak sal. Saya nak tanya sikit. Kalau masak untuk dua pot nasi, masa buat soup tu kena doublekan semua rencah ke?.

Resipi Sepertinya