Kek Batik Awin SuperSimpleSedap

hanimaj min
hanimaj min @cook_min86

Kek batik simple sangat.

Kek Batik Awin SuperSimpleSedap

Kek batik simple sangat.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
  1. 200 gMilo
  2. 250 gButtercup
  3. 400 gBiskut Marie (patah dua)
  4. 1/2 tinSusu Pekat
  5. 6biji telur

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan-bahan kek batik:

  2. 2

    Cairkan buttercup

  3. 3

    Selepas buttercup dah cair dan mendidih,masukkan susu pekat. Nak manis boleh letak 1 tin. 1/2 tin memadai. Nanti potong kaki kalau manis sangat 🤭

  4. 4

    Kacau buttercup dan susu sehingga mendidih.

  5. 5

    Masukkan milo sedikit demi sedikit.

  6. 6

    Kacau sampai milo sebati dan tidak berketul.

  7. 7

    Masukkan telur satu persatu. Kacau selalu sehingga semua sebati.

  8. 8

    Biarkan mendidih. Pastikan kepekatannya sederhana tidak terlalu cair,tidak terlalu pekat,baru masukkan biskut marie.

  9. 9

    Salutkan semua biskut dengan adunan Milo. Kecilkan api. Nanti hangus.

  10. 10

    Tutup api. Masukkan dalam bekas yang sesuai. Boleh sapukan minyak/marjerin untuk elakkan kek melekat. Saya lapik dengan plastik,senang nak potong nanti.

  11. 11

    Sejukkan. Dah sejuk,baru masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam masa minimum 5 jam. Lagi lama,lagi bagus untuk elakkan biskut hancur ketika dipotong.

  12. 12

    Hasilnya..tadaaa! Selamat mencuba...😊😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
hanimaj min
hanimaj min @cook_min86
pada

Komen (6)

AJ
AJ @cook_20161882
butter cup tu letak berapa banyak?

Resipi Sepertinya