Kek Batik

Dunia Hanya Sementara Fy
Dunia Hanya Sementara Fy @yatiefy
Bandar Baru Salak Tinggi

Kek batik adalah salah satu kesukaan saya seisi keluarga.Segala jenis kek batik adalah kesukaan kami.Hari ini saya nak sharekan salah 1 resepi kek batik kesukaan kami yang mudah dan ringkas.

Kek Batik

49 orang bercadang membuatnya

Kek batik adalah salah satu kesukaan saya seisi keluarga.Segala jenis kek batik adalah kesukaan kami.Hari ini saya nak sharekan salah 1 resepi kek batik kesukaan kami yang mudah dan ringkas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1paket biskut Marie 700-800g (1 keping patahkan jadi dua)
  2. 2 cawanmilo *
  3. 2sudu besar serbuk koko *
  4. 1 cawanbutter* (guna marjerin pun boleh)
  5. 3/4 cawansusu pekat manis *(suka manis bleh tambah)
  6. 1/2 cawanair masak
  7. 2biji telur

Cara Memasak

  1. 1

    Sapu marjerin pada loyang dan lapik dgn plastik..ketepikan..

  2. 2

    Satukan semua bahan yang bertanda *..masukkan dlm kuali atau periuk.. masak guna api sederhana perlahan..sentiasa kacau

  3. 3

    Dah sebati dan mendidih.. masukkan telur..kacau lagi hingga sebati.. bila dah mendidih ganas...masukkan biskut marie yg dipatah2 tadi.. kacau bagi sebati..

  4. 4

    Dah siap tutup api dan terus masukkan dalam loyang..tekan2kan bagi padat dan rata

  5. 5

    Apabila kek batik sudah sejuk,boleh lah di keluarkan dari loyang.

  6. 6

    🍄 x nak letak telur pun x pe..kek batik x lembut la..🌷letak telur,org x ada gigi pun blh makan sebab dia mcm kek..lembut.

  7. 7

    💘kalau x nak guna milo,nak guna koko semata2 pun boleh tp kuantitinya dikurangkan..memadai 1cwn koko sahaja.

    Selamat Mencuba dan selamat menjamu selera.Ikhlas dari saya yatie fy

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dunia Hanya Sementara Fy
pada
Bandar Baru Salak Tinggi
Pencinta Makanan😍😍😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya