Sayur Campur Campak-Campak

Balik dari ronda-ronda perut terasa lapar. Masa ronda-ronda tu, tak pulak terasa lapar. Nasib baik nasi dah siap dimasak awal pagi dan lauk kari ayam lebihan semalam masih ada lagi di dalam peti sejuk, cuma tunggu nak dipanaskan saja. Fikir lagi tak kan la nak makan nasi dengan kari ayam je? Buka peti sejuk tengok ada sayur-sayuran, apa lagi? Masak campak-campak je la jawab nya 🤭.
#goldenapron2020
Sayur Campur Campak-Campak
Balik dari ronda-ronda perut terasa lapar. Masa ronda-ronda tu, tak pulak terasa lapar. Nasib baik nasi dah siap dimasak awal pagi dan lauk kari ayam lebihan semalam masih ada lagi di dalam peti sejuk, cuma tunggu nak dipanaskan saja. Fikir lagi tak kan la nak makan nasi dengan kari ayam je? Buka peti sejuk tengok ada sayur-sayuran, apa lagi? Masak campak-campak je la jawab nya 🤭.
#goldenapron2020
Cara Memasak
- 1
Sediakan semua bahan sayuran. Kubis dihiris memanjang.
- 2
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau.
- 3
Masukkan bebola ikan. Kacau sebentar masukkan kesemua sayuran. Masukkan maggi cukup rasa dan kacau lagi.
- 4
Masukkan sedikit air dan sos tiram. Kacau sebati dan tutupkan api. Siap.
Resipi Sepertinya
-
Sayur Campur Campak-campak Sayur Campur Campak-campak
Main Campak Campak 🍲Buka peti sejuk tengok banyak lebihan sayuran yang dah berapa hari entah dibeli. Dalam fikiran nak masak fucuk dan kacang panjang. Dalam masa yang sama juga nak masak sayur brokoli dan bunga kubis (cauliflower). Aihhh!!! Tahu nak masak yang mana dulu? Tak nak masak dua jenis menu sayur untuk hari ni. Kalau tak dimasak pula, risau sayuran tu jadi tak segar lagi dah. Malas nak fikir lama-lama, campak jer semua sayuran tu untuk satu menu. Campak-campak jer ikut suka hati. Janji boleh dimakan. Sedap la pulak, ahakk.. 😆😚 Dapur Yusfarisyia -
Maggi Kari Tumis Maggi Kari Tumis
Saya ni bukan la penggemar mi segera tetapi sekali-sekala tu memang teringin juga. Kat rumah saya memang banyak stock maggi kerana suami dan anak-anak memang hantu maggi. Malam hari perut terasa lapar, sejuk kerana hujan lebat tercium dari arah dapur bau mi samyang yang si dara buat untuk diri nya. Teringat ada seorang cookpadie @Ariey93 pernah muat naik maggi kari tumis. Apa lagi? Terus buat guna bahan yang ada di dapur. Dapur Yusfarisyia -
Sayur Campur Campak Sayur Campur Campak
ada lebihan sayur dalam peti sejuk.. so campak je semua buat sayur campur MocQue -
Sayur Campur Goreng Telur Sayur Campur Goreng Telur
Kisah lama yang ada dalam draf je. Bukan sekadar mottainai tapi sebenarnya memang ketika itu, itulah sayuran yang ada dalam peti. Nak buat tomyam sayur tapi takde limau nipis macam tak best..nak buat kari sayur masa tu takde santan pulak..jadi inilah nasib sayuran tersebut..goreng aje lah.. Sesimple Loralin -
Nasi goreng mudah Nasi goreng mudah
#phopxcookpad2020#Cookpadmalaysiatask1#phopbylinimohd#newbie#goldenapron2020Sarapan pagi yang paling mengenyangkan. Ya lah kan, kalau dah nama nya Melayu, memang tak boleh kalau takde nasi. 🤭 Dapur Yusfarisyia -
Sayur Campur Mudah Sayur Campur Mudah
Day79/366/2020/March/19Day2 #14harimencintaikuResipi mudah untuk orang yang nak mudah dan cepat dalam memasak 🤭 Salina Jalaludin -
Nasi Goreng Tempe Nasi Goreng Tempe
#goldenapron2020Sayang tengok nasi sejuk yang tak dimakan. Buka peti sejuk tengok ada tempe, kangkung, ikan bilis & telur. Apa lagi? Terus buat nasi goreng apa yang ada. Dapur Yusfarisyia -
Ayam Masak Kicap Sagun Kelapa Campak-campak (Mottainai : Substitute) Ayam Masak Kicap Sagun Kelapa Campak-campak (Mottainai : Substitute)
Resipi #mottainai #Substitute #CookEveryPart3 #WorldFoodDayAyam masak kicap memang kegemaran anak-anak saya sejak dari kecil lagi. Saya suka buat kuah yang banyak dan sedikit cair sebab budak-budak memang suka makan berkuah tetapi apabila mereka dah dewasa, mereka suka kuah yang sedikit pekat. Hmm.. macam biasa la, suami saya suka kuah yang pekat. Pekat maksud nya pekat disebabkan kerisik sebab ada rasa creamy bukan nya pekat yang dicampur bancuhan tepung jagung tu. Hari ni macam juga hari semalam takde kerisik, jadi gantikan dengan sagun kelapa yang diberi oleh adik ipar. Hari ni masak main campak-campak je sebab nak cepat nak pergi jenguk mak. Dapur Yusfarisyia -
Kari Ikan Bawal Tanpa Santan Kari Ikan Bawal Tanpa Santan
Saya peminat kari tanpa santan. Tak kisah la ayam ke, daging ke, ikan ke kalau saya yang masak tak letak santan.Memang dari kecik-kecik mak jarang buat kari bersantan. Mungkin saya pun dah terbiasa saya juga bila masak kari tak guna santan.Intai-intai stok dalam peti ais ada ikan bawal.Terasa pulak nak makan kari. Apalagi bahan dah ada kita on terus.. 😀 Q'leenalee's Kitchen -
Pekasam Loma Goreng Pekasam Loma Goreng
28/2022/RoadtoWorldRecipes/1146❤️ Masak Apa 1st 2022? ❤️ #1stResipiPekasamKisahnya pekasam ni suami hakak belikan untuk mak mentua dia (mak hakak ler🤭). Tapi idak kabor, diletakkannya dalam peti sejuk. Hakak tengok, lalu ambil dan goreng 😆. Masa hidang dia tanya ni beli ktne😅. Hakak jawab ada dalam peti sejuk tu. Tatau datang dari mana😐. Tu dia jawab.. tu untuk mak mentua sy 🤣🤣🤣. Tak pela nanti beli lain lah kalau gituu. Sebenarnya dia pun lupa dah. Berapa kali tah ler balik rumah mak, idak dia bawak pun. Nasib idak expired👉🏼👈🏼..Ikan pekasam ni selalu hakak goreng untuk dimakan bersama-sama sup. Sedap 🤤🤤🤤 Salina Jalaludin -
Oden Bihun Sup Oden Bihun Sup
Hari ni misi mencuci peti sejuk dan dapur. Penat la juga sebab buat kerja seorang. Dah la penat cuci 5 buah sangkar kucing (rutin tiap-tiap hari 🤭). Bila kepenatan melanda terasa malas nak masak. Perut pula mula menyanyikan lagu keroncong. Masak simple je dengan bahan-bahan lebihan contest oden hari tu.#goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Sayur Campur Seadanya Sayur Campur Seadanya
Source :Cookpader Nihadris NihaSetiap hujung bulan sebelum terima duit belanja dari My Hubby😊, kebiasaan saya selalu membersihkan dan mengemas barang makanan yang ada dalam peti sejuk,ada baki sayur yang tinggal dikit,baki chicken ham 2 keping,1 keping dah saya buat makan sandwich semalam,so tinggal 1 keping lah sekarang...baki Bebola daging homemade pun still ada lagi....Buka Cookpad App scroll Resepi- resepi dan nampak resepi sayur campur dari cookpader Kak Nihadris Niha,saya terus cookmark dan petang tadi saya buat dengan menggunakan baki bahan-bahan yang seadanya, untuk di di jadikan menu buka puasa saya hari ini 😊. Simple jer sayur ni...dan jimat kerana menggunakan bahan-bahan yang sedia ada 😊 Mommy Nawla#Jeehan
Lebih Banyak Resipi
Komen