Telur Kukus Sosej

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#telurantarabangsa #goldenapron2020
Cara senang dan juga sedap untuk menikmati telur. Orang dewasa suka, kanak kanak pun teruja😊. Juadah yang boleh dinikmati bila bila waktu, sarapan, tengahari boleh dijadikan lauk nasi dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai kudapan. Bagus, bukan? Jom kita lihat cara cara membuatnya, jom!👇👇👇

Telur Kukus Sosej

20 orang bercadang membuatnya

#telurantarabangsa #goldenapron2020
Cara senang dan juga sedap untuk menikmati telur. Orang dewasa suka, kanak kanak pun teruja😊. Juadah yang boleh dinikmati bila bila waktu, sarapan, tengahari boleh dijadikan lauk nasi dan boleh dimakan begitu sahaja sebagai kudapan. Bagus, bukan? Jom kita lihat cara cara membuatnya, jom!👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3@4 biji TELUR
  2. 6 batangsosej (jenama apa pun boleh)
  3. 3ketul tauhu pok (guna tauhu putih pun boleh)
  4. 1sk tepung jagung
  5. 1/2sk garam
  6. Secubit lada sulah
  7. Bahan lain * (dicincang halus)
  8. Sedikitdaun bawang* Sedikit lobak merah* 1 batang cili merah*

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan bertanda * dicincang halus.

  2. 2

    Kisar TELUR, tauhu dan tepung sehingga halus. Tuang dalam mangkuk dan campurkan dengan garam dan lada sulah. Kemudian pukul sekali dengan bahan cincang.

  3. 3

    Masukkan sosej ke dalam plastik aiskrim. Dan tuang adunan telur sehingga menutupi sosej. Ikat hujung dan pastikan jangan terlalu ketat.

  4. 4

    Kukus dengan api sederhana selama 15minit atau sehingga masak.

  5. 5

    Keluarkan dari plastik. Potong dan sedia untuk dimakan. Yang panjang boleh juga dimakan dengan roti hotdog. Boleh divariasikan cara makan. Jika ingin digoreng balik pon boleh. Guna minyak sedikit dan panfry sampai keperangan. Selamat mencuba!😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen

Resipi Sepertinya