Keropok moni homemade

ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
Terengganu

Korang selalu ada lebihan nasi semalam tak??
Jangan dibuang tau,buat nasi goreng dah selalu sangat kan dengan nasi semalam..sekali sekala buat la jajan untuk anak² dengan lebihan nasi tu supaya tak membazir..beras mahal tau sekarang😅 kena lebih jimat
Nak rajin je😁

Keropok moni homemade

Korang selalu ada lebihan nasi semalam tak??
Jangan dibuang tau,buat nasi goreng dah selalu sangat kan dengan nasi semalam..sekali sekala buat la jajan untuk anak² dengan lebihan nasi tu supaya tak membazir..beras mahal tau sekarang😅 kena lebih jimat
Nak rajin je😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 cawannasi semalam
  2. 3 cawanair-(Boleh tambah)
  3. 1 labubawang putih
  4. 2 sdbserbuk cukup rasa
  5. 1 pektepung ubi-(boleh tambah jika adunan lembik)
  6. 1/2 sudu kecilgaram-(optional)
  7. 1 sdbgula-(optional) saya tak letak
  8. Pewarna

Cara Memasak

  1. 1

    Blendkan nasi,serbuk cukup rasa, bwg putih,(garam & gula jika suka) saya tak letak.
    Blend sampai halus & kalau ade biji² sikit² tu kira halal la ye😁
    MAAF pic step takde lupa nak snap😫

  2. 2

    Lepas dah blend tuangkan bahan tadi kedalam mangkuk yang sesuai

  3. 3

    Masukkan tepung ubi & gaul bagi sekata

  4. 4

    Jika masih lembik adunan tadi boleh tambah tepung ubi sampai jadi doh yang boleh di Uli

  5. 5

    Kemudian didihkan air dlm periuk

  6. 6

    Ambil doh tadi dalam anggaran 1 cawan kemudian gentelkan dia jadikan keropok yang panjang dia lebih kurang sejengkal @ lebih.
    Jangan terlalu panjang ye

  7. 7

    Dah siap gentel keropok masukkan terus kedlam air yang mendidih tadi

  8. 8

    Buat sampai habis

  9. 9

    Bila dah timbul maka keropok tadi dah masak

  10. 10

    Angkat keropok tadi letak dlm bakul yang square supaya lurus & cantik bila sejuk & senang nak hiris nnt.
    SEJUKKAN DULU TAU

  11. 11

    Bila dah sejuk..pakai glove & warnakan keropok tadi dengan warna² yang korang nak

  12. 12

    Kalau takde glove boleh sapu je pewarna dengan menggunakan berus untuk sapu telur pada kuih/biskut yang korang selalu guna

  13. 13

    Dah selesai simpan dlm peti ais SEMALAMAN

  14. 14

    Pagi esok boleh hiris keropok tadi,tak terlalu tebal & tak terlalu nipis ye

  15. 15

    Susun dlm dulang @ diatas tudung periuk & keringkan dia dibawah matahari

  16. 16

    Dah siap kering nampak mmg cute sangat

  17. 17

    Yang ni dah test goreng☺️☺️ alhamdulillah anak² repeat je makan😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ZuitaAisyah
ZuitaAisyah @zuita_Aisyah325
pada
Terengganu
CheTa adalah surirumah sepenuh masa..hobi CheTa gemar memasak..suka mencuba resepi dr seberang & pelbagai resepi apa saje yg terlintas depan mata..sumber ilmu yang diperolehi dr group,page,blog @ youtube...jom masak bersama😍😍
Baca lagi

Komen (6)

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Nak cepat sampai 500 meh join Global Apron 😆

Resipi Sepertinya