Bubur Cha-cha dan Keledek

Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
Muar, Johor

"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"

Menikmati manisan di akhir hidangan seolah-olah satu pelengkap yang memuaskan. Sebab itu, kebiasaannya hidangan pemanis mulut seperti aneka bubur dan pengat sering menjadi pilihan ramai, lebih-lebih lagi waktu bulan Ramadhan.

Bubur cha cha antaranya, sangat sesuai dijadikan menu untuk moreh. Biasanya lepas solat terawih kita mesti nak makan yang manis-manis kan...? Tak sah kalau tak ada yang manis.

Untuk resipi kali ini ibu menggunakan gula putih. Ibu tak gunakan gula merah/gula melaka. Sebab ibu nak nampakkan bubur cha cha ni menarik dengan pelbagai warna. Warna cha cha putih hijau dan merah, digandingkan pula dengan warna keledek oren. Sangat menarik bukan ..?🥳 Naik seri makanan kita.. Itu pendapat ibu la 🤩

#GlobalApron2024
#Sagu
#Keledek
#Santan
#DaunPandan

Bubur Cha-cha dan Keledek

7 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 paketkecil cha cha
  2. 1 cupkecil sagu (rendam 1jam)
  3. 1 bijikeledek oren (dadukan & rebus bersama sedikit garam)
  4. 1 kotaksantan saiz sederhana
  5. Secukupnyagula (ikut tahap kemanisan masing-masing)
  6. 1/2 sudu tehgaram
  7. 2 helaidaun pandan
  8. Secukupnyaair

Cara Memasak

  1. 1

    Didihkan air, bila air telah mendidih, masukkan cha cha. Didihkan hingga kembang.

    Bila telah kembang, masukkan daun pandan dan sagu yang telah direndam.

    Tips : Jika masukkan cha cha ke dalam air yang belum mendidih, cha cha tidak akan mengembang. Masukkan ke dalam air yg mendidih barulah cha cha akan mengembang sempurna.

  2. 2

    Masukkan gula dan garam secukupnya.

    Masukkan santan.

    Akhir sekali, masukkan keledek oren yang telah direbus.

  3. 3

    Suaikan rasa. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.

  4. 4

    Resipi pilihan admin❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Noor Atika Mahamood
Noor Atika Mahamood @atika_mahamood
pada
Muar, Johor
Make Everyday Cooking Fun 👩🏻‍🍳🥳
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya