Ramuan

  1. 250 gmmentega/marjerin
  2. 30 gmgula halus/kastor
  3. 1/2 sudu besarovalet
  4. 1/2 sudu kecilesen vanila
  5. 150 gmsusu pekat manis
  6. 250 gmcream cheese
  7. 6 bijitelur gred A (Sejukkan dalam chiller dahulu)
  8. 200 gmtepung gandum/Hongkong/pau
  9. 50 gmserbuk aiskrim strawberi
  10. 3 sudu besarjem strawberi
  11. Secukupnyapewarna putih
  12. SecukupnyaPewarna merah jambu

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam mangkuk adunan masukkan mentega, gula halus, ovalet dan esen vanila. Putar dengan kelajuan maksimum sehingga kembang anggaran 5 minit. (Untuk butter WAJIB dalam keadaan suhu bilik. Tidak keras dan tidak cair).

  2. 2

    Masukkan cream cheese dan susu pekat manis. Putar lagi hingga sebati.

  3. 3

    Kemudian masukkan pula telur, sedikit demi sedikit. (Jangan letak terus semuanya. Kemungkinan untuk telur dan bahan butter tidak sebati). Pastikan setiap kali letak telur, adunan harus sebati sepenuhnya.

  4. 4

    Kemudian masukkan pula tepung dan pewarna putih. Putar lagi hingga sebati.

  5. 5

    Akhir sekali masukkan serbuk aiskrim strawberi dan jem strawberi. Putar lagi hingga sekata.

  6. 6

    Asingkan sedikit adunan dan campurkan dengan sedikit jem strawberi dan pewarna pink masukkan dalam piping beg untuk paip di atas kek setiap kali melapis. Adunan selebihnya dibahagikan kepada 3 bahagian.
    *Adunan pertama warna asal
    *Adunan kedua titiskan beberapa titik pewarna merah jambu. Biar warna adunan lembut.
    *Adunan ketiga lebihkan sedikit pewarna. Biar warna adunan lebih terang dari adunan kedua.

    Setiap bahagian adunan saya bahagikan lagi kepada 3, jadi 3 lapis setiap adunan.

  7. 7

    Sapukan sedikit butter pada dasar loyang 7×7×3 dan alas baking paper. Mulakan bakar 3 lapisan adunan pink yang paling terang dahulu. Jangan lupa panaskan oven terlebih dahulu.

    **Ratakan lapisan pertama dan paip campuran jem tadi, kemudian bakar pada suhu 180°© menggunakan api atas bawah selama 8 - 10 minit. Letak loyang di rak tengah.
    **Untuk lapisan kedua dan sampai akhir lapisan. Bakar menggunakan api atas sahaja, bakar pada suhu 150°© selama 5 minit. Loyang diletakkan pada rak paling bawah.

  8. 8

    Jangan lupa untuk tekan kek sebelum melapis lapisan baru.

    Mula-mula bakar 3 lapisan pink terang, kemudian 3 lapisan pink lembut dan akhir sekali 3 lapisan adunan warna asal.

    Untuk pastikan tiap lapis masak, cuba sentuh atas permukaan kek, jika tidak melekat, maknanya sudah masak.

  9. 9

    Pastikan kek sejuk sepenuhnya baru potong.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen (4)

Resipi Sepertinya