Blooming Onion

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Sungai Buloh

Dah lama teringin nak try resipi ni yang pernah viral satu ketika dulu tapi asek tertangguh je. So sempena #DecemberChallenge #BahanBiasaSajianLuarBiasa ni, meh ler kita try buat sebab agak luar biasa jugak resipi ni. Selalu bawang holland kita potong masuk dalam lauk buat penambah rasa je kan, ni kita buat dia jadi main star pulak. Walaupun blooming onion kita kureng dari segi estetik sebab ada silap time goreng tu, tapi dari segi rasa sedap uuiiittt! Nanti la ye kita buat semula supaya semenggah ler sikit ghuper dia kui kui kui.

Blooming Onion

2 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10-15 mins (including prep time)
Seorang
  1. 2 bijibawang holland
  2. Sebutirtelur
  3. Bahan A:
  4. 1 cawantepung gandum
  5. 2 sudu tehtepung jagung
  6. 1 sudu tehserbuk paprika
  7. 1 sudu tehserbuk cayenne
  8. 1 sudu tehserbuk lada hitam
  9. 1 sudu tehserbuk lada putih
  10. 1 sudu tehItalian herbs
  11. 1 sudu tehdried parsley
  12. 1 sudu tehgaram himalaya

Cara Memasak

10-15 mins (including prep time)
  1. 1

    Satukan kesemua Bahan A dalam mangkuk. Dalam mangkuk lain, pecahkan dan kocokkan telur.

  2. 2

    Prepare bawang. Buang tampuk dia dan kupas kulit. Bontot dia je tinggal. Terbalikkan agar bontot dia ke atas. Potong kepada 8, 12 atau 16 bahagian tapi make sure tak terlalu dekat dengan bontot dia (biar ada tinggal ruang sikit kalau tak nanti dia senang terkopek). Terbalikkan dan kembangkan kelopak bawang dengan penuh hemat dan cermat.

  3. 3

    Celupkan ke dalam mangkuk berisi flour mix tadi. Make sure tepung menyaluti setiap kelopak sampai bawah. Lepas tu celup lak ke dalam mangkuk berisi telur. Sama macam tepung, make sure telur menyaluti setiap kelopak. Lepas tu celup balik dalam mangkuk tepung.

  4. 4

    Panaskan minyak secukupnya dan start goreng bunga bawang. Hati-hati bila masukkan bawang ke dalam kuali. Bila bawah dah garing, terbalikkan dan goreng bahagian atas lak. Di sini ler silap kita, kita rajin nau lak gi tekan-tekan dah herot bengot rupa kawan tu.

    Nak lagi cantik kejadian bunga bawang ni, deep fry kan dia yakni guna minyak setinggi paras bawang supaya dia garing sekata tanpa perlu dibalikkan. Tapi biasa ler konon kemut minyak punya pasal. Nah hambik kau bunga penyet!

  5. 5

    Bila dah garing, angkat dan toskan atas tisu dapur. Bila nak makan tu tarik je kelopak dia satu-satu dan ngap! Daaappppp!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rozita Jaafar Sekdek
pada
Sungai Buloh
Menu-menu ringkas, mudah & cepat sesuai untuk mereka yang kekurangan masa, kekurangan kesabaran atau kekurangan kerajinan (atau ketiga-tiganya sekali!) 😆Motto masakan kita: Biar rupa tak cantik, janji rasa dia WIN!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya