Agar-agar sirap klasik

Xhaathee (Zaty)
Xhaathee (Zaty) @XhaaThee
Ipoh

Dulu kalau kenduri kat kampung,mesti ada agar-agar ni. Rasa dia ringan sahaja tapi puas makan. Teringat bila makan ni rasa macam kembali ke zaman dulu.

Ni resepi saya cara mudah dan tak manis. Keadaan agar-agar pun tak lembik dan tak keras. Senang nak potong.

Agar-agar sirap klasik

Dulu kalau kenduri kat kampung,mesti ada agar-agar ni. Rasa dia ringan sahaja tapi puas makan. Teringat bila makan ni rasa macam kembali ke zaman dulu.

Ni resepi saya cara mudah dan tak manis. Keadaan agar-agar pun tak lembik dan tak keras. Senang nak potong.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
30 orang makan
  1. 20 gmagar-agar tali(dipotong pendek dan direndam bagi lembut)
  2. 1500 mlair tapis/air kosong
  3. 10 gmgula batu
  4. 1 cawangula pasir
  5. 1 helaidaun pandan (simpul)
  6. 10 mlEsen rose/esen pandan
  7. 5 mlpewarna merah/pewarna hijau

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Potong dan rendam agar-agar hingga lembut.

  2. 2

    Didihkan air bersama daun pandan.

  3. 3

    Masukkan agar-agar yang direndam tadi. Masak sehingga agar-agar larut dan tiada ketulan.

  4. 4

    Masukkan gula,kacau sehingga gula melarut dan didihkan lagi.

  5. 5

    Masukkan esen dan pewarna.

  6. 6

    Tuang ke dalam loyang yang dibilas dengan air.

  7. 7

    Letak loyang di tempat bersuhu bilik sehingga hilang suhu panas,kemudian masukkan ke dalam peti sejuk bahagian dingin biasa. Sejukkan selama 4 jam baru boleh dihidangkan. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Xhaathee (Zaty)
Xhaathee (Zaty) @XhaaThee
pada
Ipoh
Saya sangat sukakan masakan dan makanan tradisional dan yang biasa. kadangkala rajin memasak kadangkala tak berapa rajin.
Baca lagi

Komen (9)

Salina Jalaludin
Salina Jalaludin @salina_jalaludin
Welcome to cookpad 😊
Feveret agar2 sirap begini

Resipi Sepertinya