Talam Keladi 💜

Saya buat Talam Keladi ni atas permintaan adik saya yg bertandang & beraya ke rumah saya. Teringin katanya sebab saya pernah bawa ke rumahnya beberapa tahun lepas.. Alhamdulillah sedap katanya..lembut, cukup2 rasa & tak manis sangat.. Sebelum ni saya pernah gaul keladi dgn tepung ubi & pewarna untuk menyerlahkan lagi keladi tu, tapi kali ni saya rebus kosong saja..

Cara Memasak
- 1
Lapisan Bawah 👉🏻 Keladi di kupas kulit & di potong kiub. Kemudian rebus hingga lembut. Angkat & toskan
- 2
Di dlm periuk, satukan tepung2, gula, garam, santan
- 3
Masukkan juga air. Kacau sebati dulu baru buka api. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap @ bancuhan panas saja
- 4
Panaskan periuk pengukus hingga mendidih dulu. Letak beberapa kiub keladi ke dlm acuan yg telah di sapu minyak. Kemudian, tuang bancuhan tepung tadi hingga separuh acuan. Kukus selama 20 minit
- 5
Lapisan Atas 👉🏻Sementara itu, satukan tepung2, gula, telur, santan
- 6
Air, emulco keladi
- 7
Campur juga pewarna ungu. Kacau sebati dulu baru buka api. Kacau di atas api sederhana hingga naik wap @ bancuhan panas saja
- 8
Cakar2kan lapisan bawah dgn pisau. Kemudian, tuang bancuhan hingga penuh acuan. Kukus semula 20 minit lagi. Balut penutup pengukus dgn tuala supaya wap air tak menitik di atas talam
- 9
Selepas 20 minit, buka penutup & kukus lagi 5 minit. Sejukkan & keluarkan drp acuan dgn menggunakan sudu. Satu adunan akan dapat 40-45 biji bergantung saiz acuan ye.. Kalau guna loyang saiz 10" kukus setiap lapisan selama 30 minit
- 10
Sedia di nikmati.. saya suka makan sejuk2 dari peti ais..
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen