Burger Malaysia (Pau Sambal)

#CookpadApron2026
#PagiPagiDahSedap
Dari minggu lepas lagi teringin nak makan burger Malaysia atau pau sambal ikan bilis sebab dah lama sangat tak makan & buat sendiri.. Last buat sebelum saya join Cookpad lagi..
Kebetulan Cookpad bagi challenge bertemakan sarapan iaitu Pagi Pagi Dah Sedap. Maka terjadilah burger Malaysia saya pagi tadi.. Alhamdulillah suami cakap sedap & lembut, macam kat kedai dah..berselera betul..10 biji sekali dia makan..hahaa..

Cara Memasak
- 1
Sambal Bilis 👉🏻Blend bawang merah, bawang putih & ikan bilis
- 2
Basuh & goreng ikan bilis hingga garing. Angkat & ketepikan dulu
- 3
Panaskan 5 sudu besar minyak. Tumis bahan2 kisar & cili kering sekejap. Kemudian, masukkan gula melaka & gula pasir. Tumis hingga pecah minyak
- 4
Campur pes asam jawa & garam. Tumis lagi hingga sambal menjadi pekat & berwarna gelap
- 5
Masukkan ikan bilis. Kacau2 sekejap, tutup api. Sejukkan sambal
- 6
Doh Burger 👉🏻Bancuh yis & gula bersama air suam. Biarkan 10 minit atau hingga yis naik kembang
- 7
Satukan tepung roti, susu tepung, marjerin & garam. Gaul sekejap hingga rata.
- 8
Tuang semua bancuhan yis. Uli selama 15 minit atau hingga doh menjadi elastik. Sapu doh dengan sedikit marjerin
- 9
Perap selama 30 minit atau hingga doh naik dua kali ganda. Tumbuk doh & uli sekejap
- 10
Ambil sikit doh, roll2kan menjadi bulat. Satu adunan saya dapat 22 biji. Perap selama 15-20 minit atau hingga doh naik 2x ganda. Goreng di dlm minyak yg panas hingga kekuningan menggunakan api sederhana kecil. Terbalikkan satu kali je setiap bahagian untuk dapatkan ring tu.. Angkat & sejukkan dulu
- 11
Potong burger separuh jangan putus. Isi dengan sambal bilis, timun & salad
- 12
Hidangkan..
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen