Sourdough Apam Balik

Minum petang hari ini buat Apam Balik.
Buat 3 keping sekejap sahaja habis.
Fresh from the pan, panas-panas memang sedap dinikmati.
Sourdough Apam Balik
Minum petang hari ini buat Apam Balik.
Buat 3 keping sekejap sahaja habis.
Fresh from the pan, panas-panas memang sedap dinikmati.
Cara Memasak
- 1
Masukkan sourdough starter ke dalam mangkuk.
Dalam mangkuk lain pula satukan dan gaul bahan-bahan adunan apam balik yang lain. Kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi sourdough starter, gaul sebati.
- 2
Satukan baking soda dan air, gaul dan terus tuang ke dalam adunan apam balik tadi. Gaul rata adunan.
- 3
Panaskan pan, bila pan sudah panas, perlahankan sedikit api dan sapu nipis pan dengan butter.
Tuang adunan apam balik ke dalam pan mengikut ketebalan yang di sukai.
Ratakan adunan memenuhi permukaan pan.Bila terdapat banyak bubble dipermukaan dan adunan kelihatan sedikit masak, tabur secukupnya gula, jagung manis dan kacang tanah, kemudian tutup pan supaya adunan masak sekata.
- 4
Bila bahagian bawah apam balik sudah keperangan dan permukaannya masak, lipat apam balik dan bolehlah diangkat.
Sapu apam balik dengan sedikit butter dan sedia di nikmati.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi














Komen