Pasembur Cara Kita😊

Tema: Hometown Fave
#CookpadApron2026
Menu wajib Kalau datang Penang,. pasembur 😋😍
Jom masak.
Pasembur Cara Kita😊
Tema: Hometown Fave
#CookpadApron2026
Menu wajib Kalau datang Penang,. pasembur 😋😍
Jom masak.
Cara Memasak
- 1
Bancuhan Bahan A dulu untuk cucur.1 1/2 cawan tepung gandum,campur 1/2 sudu kecil serbuk penaik,1/2 sudu kecil garam.Air 125 ml.Uli Hingga Jadi doh.Dan biarkan selamat 1jam.
- 2
Bancuhan untuk Bahan B untuk cucur garing.11/2 cawan tepung gandum,campur 1/2 sudu kecil serbuk penaik,1/2 sudu kecil garam,1 Susu kecil gula,1 sudu kecil serbuk kunyit,udang geragau.Tambahkan air 150ml-200ml.Biarkan bancuhan sedikit cair.Simpan Dalam peti sejuk selamat 1 jam.
- 3
Rebus ubi keledek Dan kentang.kisar ubi keledek dengan air rebusan tadi.
- 4
Masukkan keledek Yang telah dikisar tadi ke Dalam periuk.masukkan cili kisar,gula putih Dan gula merah.
- 5
Masukkan air asam jawa Dan biarkan mendidih dengan api sederhana.selepas itu masukkan kacang tanah Yang telah dikisar.letak sedikit pewarna merah jika kuah nampak pudar.Masak lebih kurang 30 minit.
- 6
Keluarkan doh Bahan A tadi,gaulkan dengan bawang besar Dan cili hijau Yang telah dihiris.Buat bentuk memanjang sedikit untuk digoreng.
- 7
Keluarkan bancuhan Bahan B,masukkan sebiji telur.kacau sebati sebelum bancuhan digoreng.
- 8
Bila minyak dah panas.Boleh mula menggoreng Bahan A Dan B Hingga garing Dan masak secukupnya.
- 9
Buat bancuhan tepung bestari.Biar bancuhan agak cair sedikit.Goreng Tauhu tanpa bancuhan tepung.
- 10
Masukkan bahan-bahan untuk digoreng dalam bancuhan tepung bestari tadi.Goreng dengan api sederhana.
- 11
Potong/sagat timun Dan sengkuang
- 12
Semua Bahan dah siap,boleh potong bahan-bahan gorengan Dan hidangan ke Dalam pinggan.Tuang kuah.Selamat menjamu selera😉.
Tip
Boleh guna air sejuk(ais) untuk bancuhan tepung Yang rangup.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi
































Komen