Suun Goreng Simple

Orang kata sedap lagi suun dari bihun bila digoreng. Sedap sangat buat pun Mudah aje. Yang nak makan vege tu boleh cuba.
Cookpad Apron 2026 : Go Vegetarian
4.10.2026
Suun Goreng Simple
Orang kata sedap lagi suun dari bihun bila digoreng. Sedap sangat buat pun Mudah aje. Yang nak makan vege tu boleh cuba.
Cookpad Apron 2026 : Go Vegetarian
4.10.2026
Cara Memasak
- 1
Rendam suun dengan air biasa hingga lembut. Brokoli dan bunga kubis rebus hingga empuk. Dua biji telur dimasak telur hancur. Ketepikan kesemuanya dahulu.
- 2
Letak kedua jenis kicap dengan suun kacau merata ketepikan.
- 3
Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih dan bawang merah kemudian letak suun tadi. Kacau-kacau sebentar.
- 4
Letak brokoli, bunga kubis, telur hancur dan daun bawang kacau-kacau merata dan rasa. Jika tak cukup rasa tambah kicap sahaja. Tapi nak guna sedikit garam pun boleh.
- 5
Siap sedia dihidangkan.
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Julia ALeen Aireish bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen