Wanpaku Sandwich - Egg & Chilli Tuna

Sejujurnya, ini adalah kali pertama saya sediakan resepi Wanpaku Sandwich. Dah lama tengok di FB Wall tapi belum teringin nak cuba sebab rasa macam susah nak sediakan.. 😆 Tapi kali ini saya cuba juga untuk memeriahkan contest cookpad. Bila tengok video di YouTube, senang rupanya nak sediakan Wanpaku Sandwich.. 😜 Ok, jom layan resepi Wanpaku Sandwich versi saya. Simple tapi boleh tahan sedap.. 😋 Suami bagi 4/5 bintang untuk percubaan pertama.. 🤭 Alhamdulillah..❤️

Cara Memasak
- 1
Masukkan chilli tuna ke dalam mangkuk. Buangkan cili. Masukkan air perahan lemon, garam dan lada sulah. Gaul sebati.
- 2
Goreng telur mata jangan terlalu garing. Sedang-sedang sahaja.
- 3
Gaul lobak merah dengan serbuk cheese yang telah dibancuh.
- 4
Sediakan cling wrap. Letakkan roti di atasnya. Kedua-dua keping roti disapu dengan bancuhan cheese.
- 5
Letakkan 2 keping daun salad di atas roti, keju cheddar dan tomato.
- 6
Kemudian, letakkan hirisan timun, lobak merah yang telah diperasakan dan chilli tuna.
- 7
Lapisan terakhir, letakkan telur mata, 2 keping daun salad dan roti.
- 8
Akhir sekali, balut sandwich dengan cling wrap sehingga betul-betul padat.
- 9
Wanpaku Sandwich siap dan sedia dipotong dua untuk dihidang..😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen