Kerabu Epal Versi Sihat

Epal ni selalu dimakan segar, sebab khasiat pada kulit epal tu sangat tinggi. Tapi kita kupas kulitnya, sayang juga.
Biasanya bahagian isi epal, untuk dapatkan khasiat vitamin C adalah baik jika ia dimasak sebentar atau dibiarkan sebentar untuk enzimnya dirembeskan keluar.
Tapi nak kongsi resepi epal dimakan gitu saja, rasa alang-alang sangatnya.
Kongsi menu 'apple salad' lah.
Siap anak ibu pertikai lagi kenapa apple salad sedangkan macam buat kerabu je.
Cis.. Dasar tekak melayu, eh.. Tiba-tiba pulak sahaja ibu ni.
Tapi. Ni ibu nak beritahu rahsia kesedapan kerabu epal-apple salad ibu letakknya pada perapan rempah sup pada epal.
Yaaaaa perap epal dengan rempah sup.
Jika masakan barat perap epal dengan serbuk kayu manis, kita orang Malaysia harus bangga dengan rempah 4 sekawan kita kan?

Cara Memasak
- 1
Bersihkan dan kupas epal. Rendam dalam rendaman air bergaram untuk elakkan epal lebam. Selepas 10 minit boleh tos epal ya. Brokoli dihiris saiz bersesuaian dengan epal.
- 2
Epal yang ditos tadi, lumurkan dengan rempah sup. Perap 10 minit. Oles kuali leper dengan 1 sudu mentega diratakan. Letakkan perapan epal, masak hingga epal tadi nampak kesan grill rempah sup pada permukaannya. Lagi lama grill, lebih sedap. Api perlahan ya.
- 3
Kukus sebentar brokoli hingga empuk.
- 4
Ayam dihiris saiz 'popcorn'. Bancuh adunan tepung tempura tadi bersama air sejuk. Masukkan isi ayam. Biarkan untuk 15 minit. Kemudian goreng rangup-tempura, nyums!
- 5
Gaulkan semua bahan kerabu-salad. Ibu mesti rasa teruja bila rasa kesedapan dan rasinya rempah sup pada epal dan tempura ayam bersama brokoli dikukus. Tak sedar dah makan habis 2 mangkuk.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen