Kambing bakar versi sos lada hitam homemade

Perap daging guna sos botol memang senang. Ceritanya semalam ibu ke pasaraya, stok barangan dapur terutama ayam bebas antibiotik/bebas residue.
Belek sos lada hitam.
Baca di labelnya.
Awal-awal labelnya ada gula, pengawet, sucrosa dalam bentuk MSG. Lada hitam di dua bahan terakhir.
Kiranya paling sikit digunakan.
Mestilah ibu letak semula..
Maka anak ibu cakap
"Saya tahu..! Kita buat sendiri ya ibu. Boleh letak lada hitam yang tok bagi.. Tak ada tambah-tambah serbuk perasa ya ibu.."
Atok Sarawak memang baru bagi lada hitam biji.
Best sangat kan?
Maka terhasil lah versi sos lada hitam kami. Perap pada daging kambing.
Fuh maveles!

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahannya. Serai dan bawang dibersihkan serta dipotong kiub.
- 2
Kisar sahaja semua benda. Masukkan madu dan gula. Siap! Boleh masak seketika. Tapi sebab ibu nak perap, jadi terus sahaja lumur pada daging kambing.
- 3
Lumur sekata. Perap dalam 2 jam
- 4
Ibu grill di kuali leper hingga daging terbabit keluar minyak dari isi/tetulangnya. Tanda ia dimasak sepenuhnya. Jika mahu 'medium rare'-ambil penutup pengukus tu dan masak kedua-dua belah bahagian daging selama 5 hingga 10 minit sahaja.
- 5
Lumurkan dengan serbuk oregano atau mixed herbs. Yey sedia dimakan!
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen