Sambal Simple

Resepi ni resepi dari suami sendiri, simple. Buat sambal ikan bilis, isi ayam, seafood atau apa je pun boleh.
Sambal Simple
Resepi ni resepi dari suami sendiri, simple. Buat sambal ikan bilis, isi ayam, seafood atau apa je pun boleh.
Cara Memasak
- 1
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sambal.
- 2
Ayam potong kecil, atau ambil isinya sahaja. Potong kecil. Gaulkan dengan kunyit dan garam. Goreng.
- 3
Tumbuk cili dan belacan. Dah lumat, boleh tumbuk pula bersama bawang.
- 4
Tak perlu lumat sangat bahan sambal. Panaskan minyak, tumis bahan sambal. Sehingga pecah minyak dan naik bau. Masukkan garam, gula dan cuka makan.
- 5
Masukkan pula ayam yang telah di goreng tadi. Kacau dan gaul semua. Masak sekurangnya 8minit.
- 6
Selesai masak, boleh tutup api dan hidangkan. Makan bersama nasi panas, pun layan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi











Komen