Mee Celup Thai (Thai Boat Noodle)

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Mee Celup atau Boat Noodle dengan menggunakan tulang rusuk dan daging lembu korban. Ada pelbagai variasi resepi dan kaedah masakan yang digunakan. Boleh juga gunakan ayam seperti bahagian kaki ataupun tulang ayam. Ini kali ketiga saya membuat resepi ini. Kebetulan terjumpa satu lagi pek rempah sup thailand dalam rak barangan kering.

Anda boleh menggunakan kueteow / mee kuning / bihun atau pun mee segera dalam resepi ini. Bahan-bahan sampingan lain yang saya tak dapat sediakan seperti lobak jeruk, bawang putih jeruk dan daun pandan untuk rebusan kuah daging. Tapi rasa kuah masih tetap sama dan menyelerakan. Selamat mencuba.

#unique2u
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Daging bahagian rusuk atau tulang
  2. Air rebusan secukupnya
  3. Bahan Kuah Sup
  4. Rempah sup thailand pek oren
  5. Akar ketumbar
  6. Bawang putih (diketuk)
  7. Halia (dihiris kasar)
  8. Lengkuas (dihiris kasar)
  9. Serai (diketuk)
  10. 3sb kicap cair
  11. 2sb kicap pekat
  12. 3sb cuka
  13. 2sb sos ikan
  14. Garam dan gula secukup rasa
  15. Bebola daging
  16. Daunpandan (optional)
  17. Lobak putih potong dadu (optional)
  18. Minyak Bawang Putih
  19. Minyak zaitun secukupnya
  20. 1labu Bawang putih (dicincang halus)
  21. Bahan Celur
  22. Kangkung
  23. Taugeh
  24. Bihun
  25. Mee Segera
  26. Bahan Sampingan
  27. Kacang Tanah (ditumbuk kasar)
  28. Limau nipis
  29. Serbuk cili Thai
  30. Serbuk lada putih
  31. Cili jeruk
  32. Daunketumbar

Cara Memasak

  1. 1

    Daging direbus hingga empuk dan buang kotoran yang terapung hingga air rebusan jernih. (Saya tiada pressure cooker, rebus dua kali, air pertama dibuang, rebus selama lebih kurang 2 jam)

  2. 2

    Sementara daging tengah direbus, sediakan bahan untuk minyak bawang putih. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih. Kawal api jangan terlalu hangit. Tutup api sekiranya bawang putih mula bertukar warna. Jangan tunggu hingga warna coklat baru tutup, ini kerana minyak yang panas masih menggoreng bawang tersebut.

  3. 3

    Sediakan bahan sup. Setelah 2 jam merebus daging, masukkan rempah dan bahan yang disediakan. (Masukkan sekali daun pandan dan lobak putih - optional)

  4. 4

    Tambahkan kicap cair, kicap pekat, cuka dan sos ikan. Masukkan garam dan gula. Pastikan kuah sup ada rasa masam dan masin secukupnya.

  5. 5

    Biarkan kuah mendidih dengan api sederhana. Masukkan bebola daging dalam kuah sup. Sementara itu, bahagian periuk lain, celurkan bihun, mee segera, kangkung dan taugeh dalam air panas yang mendidih.

  6. 6

    Untuk penyediaan mee celup, tumbuk kasar kacang tanah. Bihun dan mee segera yang telah dicelur digaulkan dengan minyak bawang putih. Masukkan bahan seperti kangkung, taugeh dan bebola daging serta isi daging. Tambahkan kuah sup yang panas ke dalam mangkuk.

  7. 7

    Hidangkan bersama bahan sampingan lain seperti limau, serbuk cili, serbuk kacang, jeruk lada, daun ketumbar, serbuk lada putih dan sebagainya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar👩🏻‍🍳My kitchen is my lab🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya