Kue pau inti kacang merah #Umie

Teringin untuk menikmati kue pau yang segar. Inti kacang merah telah disediakan terlebih awal, boleh digunakan pada bila-bila masa. Alhamdulillah sangat enak dan gebu. Inspirasi dari beberapa resipi pilihan dari rasa.com dan rakan cookpaders.

Cara Memasak
- 1
1. Sediakan bahan tepung dan baking powder (bahan A).
2. Masukkan bahan B ke dalam breadmaker.
3. Masukkan bahan A ke atasnya.
4. Akhirnya masukkan yeast ke atas tepung tadi. - 2
1. Pilih fungsi Knead (10 minit).
2. Angkat dan potong doh kepada seberat 30 gm setiap satu atau dianggarkan mengikut cubitan jari.
3. Isi inti kacang dan aturkan ke dalam tray pengukus. - 3
Rehatkan selama 30 - 45 minit setelah selesai.
- 4
1. Didihkan air secukupnya (anggaran 2 liter) selama 5 minit.
2. Letak tray pengukus dan lapik aluminium foil atau kain nipis untuk menghalang wap jatuh ke atas pau.
3. Kukus selama 10 minit dan dimatikan api. Biarkan 5 minit barulah dibuka.
4. Bersedia untuk dihidangkan semasa masih panas.
5. Menghasilkan 20 biji kue pau saiz sederhana.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen