Cupcake Oren Sunquick Santan Cream Cheese Frosting

134/2024 (1679/2K)
Global Apron Challenge 10: Kudapan
#GlobalApron2024
Magic Pantry List: tepung gandum, keju
Uchu sejenis suka makan kudapan yang digoreng tapi malas sungguh nak menghadap kuali panas. Nak buat cekodok vevodoh pun malas tau! 🤣 Jadi biasanya, Uchu prefer buat cake untuk kudapan. Pelik kan..😂
Untuk bahagian kek sunquick ni sebenarnya mudah je, Uchu selalu buat tanpa sempat nak deko frosting pun. Keluar je oven, terus anak2 terkam..tapi bukan semata2 untuk GA pun uchu buat ni. Kesnya, anak Uchu bawa balik cupcake dari Tadika sempena sambutan hari guru dan birthday kawan2. Anak Uchu terlupa nak makan, akhirnya dihurung semut je. Uchu pun tak perasan, tak simpan peti. Sedih betul dia, kek cantik tapi semut yg makan..Uchu pun janji lah dengan dia, buat kan cupcake lain yang ada cream atasnya..saje pilih warna oren, biru macam warna si Blippi tu..suka bebenorlah dia..
Kalau bukan sebab anak Uchu ni, rasanya minggu ni nak skip je GA dan buat playoff je. Nasib baik jugaklah ada kesnya..😂

Cara Memasak
- 1
KEK:
Masukkan butter/marjerin, gula kastor dan pes Sunquick dalam mangkuk pengadun. Pukul sehingga berkrim.Tm6: Insert butterfly whisk
2 minit/speed 3.5 - 2
Campurkan telur, esen vanila dan santan dalam satu mangkuk.
Sambil adunan dipukul, masukkan campuran telur sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul sehingga sebati.
Tm6: > butterfly whisk
40 saat/speed 3.5 - 3
- 4
Masukkan tepung dan baking soda yang diayak bersama ke dalam adunan.
Pukul sehingga sebati sahaja. Kaup bahagian dasar mangkuk pengadun dan sekelilingnya untuk ratakan adunan.
Tm6: > butterfly whisk
30 saat/speed 2.5 - 5
Pindahkan adunan ke dalam piping bag untuk memudahkan kerja atau gunakan ice cream scoop. Isikan adunan sebanyak 3/4 penuh cawan kertas cupcake.
- 6
Panaskan oven pada suhu 170c.
Bakar adunan kek selama 25-30 minit, gunakan centre rack.Keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya.
- 7
FROSTING:
Pukul cream cheese dan gula sehingga sebati.Tm6: > butterfly whisk
30 saat/speed 4 - 8
- 9
Pukup whipping cream sehingga bertanduk dan kental. Campurkan ke dalam cream cheese. Pukul sebati.
(Uchu just campur whipping cream terus dalam cream cheese, then pukul sampai kental coz malas)
Tm6: > butterfly whisk
1.5 minit/speed 4 + 30 saat/speed 5 - 10
Campurkan pewarna pilihan dalam cream jika suka. Pindahkan dalam piping dengan nozzle yg sesuai. Paipkan frosting atas kek. Hiaskan.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)