Dimsum Ayam & Crabstik Mudah

Challenge 27 : CHINESE FOOD #GlobalApron2024
Minggu ini bahan yang Yani pilih ialah = Ayam, daun bawang, halia, sos tiram & minyak bijan.
Resipi mudah nak disediakan dan cepat dihabiskan 😂...kali ini dapat buat 30 biji /kepingan dimsum. Ok, jom lihat resipi mudah ini.

Cara Memasak
- 1
Kisar halus dada ayam bersama bawang putih, halia dan air.
- 2
Selepas siap dikisar, tuangkan ke dalam bekas lebih besar. Masukkan minyak bijan, sos tiram, daun bawang, serbuk lada sulah dan garam. Gaul rata.
- 3
Masukkan tepung ubi kayu. Gaul rata. Sediakan kulit dimsum dan crabstik. Sediakan juga semangkuk kecil air untuk dijadikan gam pada kulit dimsum.
- 4
Ambil 1 sudu inti ayam tadi, letakkan di atas kulit dimsum, rata di bahagian tengah. Kemudian letak 1 crabstik. Sapukan bahagian tepi kulit dimsum dengan sedikit air menggunakan jari. Lekatkan. Loyang pengukus disapukan dengan sedikit minyak masak supaya mudah nak angkat dimsum setelah selesai dikukus nanti. Susunkan dimsum yang telah disediakan. Kukus selama 10-15 minit.
- 5
Oleh kerana crabstik ada 16 batang sahaja, isi inti ayam masih ada, jadi Yani terus bungkuskan sahaja lebihan inti seperti di dalam gambar di bawah.
- 6
Siap dihidangkan bersama sos cili Jalen. Selamat mencuba.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen