Tempe Mendoan

Dah lama nak try resipi ni, dah berkurun simpan resipi @Malindo tapi tak buat-buat jugak. So sempena tema #IndonesianFood untuk #GlobalApron2024 minggu ni, jom ler kita gigihkan diri membuatnya. Disebabkan kita guna 1 pek je tempe, sukatan semua ikut separuh-separuh daripada sukatan asal.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahannya.
- 2
Kupas bawang putih dan titik-titik dengan batu lesung sampai hampir lumat. Hiris tempe dan daun bawang.
- 3
Masukkan bawang putih, daun bawang dan semua bahan-bahan yang lain (kecuali tempe) ke dalam mangkuk dan gaul sebati sampai adunan smooth dan takde ketulan tepung lagi. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Bila minyak dah berasap, celupkan tempe satu persatu dalam adunan (make sure adunan menyaluti keseluruhan permukaan tempe) dan goreng. Balik-balikkan agar tempe garing sekata. Bila tempe dah garing, angkat dan toskan minyak berlebihan. Siap & ngap! Cicah sambal kicap atau makan macam tu je.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen