Cecemek Pulut Hitam

cecemek merupakan kuih tradisional negeri perak...mmg susah nk jumpa sbb kalau di perak sekalipun orang dari daerah perak tengah je yg ada buat kuih ni... say pernah share resipi cecemek, tapi yang sebelum ni resipi cecemek original... kali ini sya cuba guna bahan baru iaitu ada campur tepung pulut hitam dan guna gula melaka... cecemek tradisional hanya guna tepung pulut biasa (putih) dan gula putih je...

Cara Memasak
- 1
Layurkan terlebih dahulu daun pisang untuk dibuat bekas cecemek... sama sahaja seperti bekas daun pisang untuk kuih sampan
- 2
Bekas cecemek yang telah siap boleh diketepikan terlebih dahulu
- 3
Uli sebati tepung pulut biasa, tepung pulut hitam, tepung gandum, sedikit garam dengan air yang secukupnya sehingga membentuk doh yang boleh dibentuk
- 4
Ambil secubit adunan doh tadi.. bentukkan menjadi bulat dan tekan di bahagian tengahnya.. akan berbentuk seperti mangkuk... susun dalam bekas cecemek
- 5
Masukkan gula melaka yang telah dikikis ke dalam adunan tepung yang telah dibentuk tadi... untuk lebih mudah, masukkan gula melaka menggunakan belakang sudu camca
- 6
Bancuh skantan kotak bersama sedikit air dan garam
- 7
Curahkan santan dalam bekas cecemek... pastikan mangkuk cecemek tidak tenggelam...
- 8
Susun cecemek dalm pengukus dan kukus dalam lingkungan masa 15-20 minit
- 9
Selepas 15-20 minit... tutup api pengukus dan sejukkan cecemek... cecemek sedia dimakan.... selamat mencuba 😊
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen