Kek Lapis Matcha Strawberry

Tahu ni katanya ada tema matcha strawberry. Meh la join buat kek lapis ni ikut tema. 😏😏😏Resepi dari FB Dapur Kitak. Untuk bahagian pink tu aku tak letak strawberry emulco, aku ganti strawberry filling. Guna yang ada isi strawberry tu. Sebelum masukkan dalam adunan pink tu, hancur²kan sikit buah tu. Nanti bila nak potong mudah sikit.

Cara Memasak
- 1
Pukul butter, cream cheese, susu pekat, ovalet dan esen vanila sampai kembang.
- 2
Masukkan telur satu per satu dan pukul sebati.
- 3
Masukkan horlicks, creamer dan tepung aiskrim. Pukul sebati.
- 4
Masukkan tepung pau sedikit demi sedikit. Mix sampai sebati.
- 5
Masukkan dairy whipping cream dan pukul sebati.
- 6
Bahagi adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna putih sebanyak 2 lapisan. Bahagian ke 2 letak strawberry emulco dan pewarna pink sebanyak 4 lapisan. Bahagian ke 3 letak serbuk matcha sebanyak 6 lapisan.
- 7
Sediakan loyang 8×8×4. Panaskan oven 180°C. Lapisan pertama bakar guna api atas dan bawah. Bakar selamat 8 minit. Letak loyang dirak palang bawah.
- 8
Lapisan ke 2 dan sampai lapisan terakhir bakar guna api atas sahaja. Bakar selamat 8 minit pada suhu 150°C.
- 9
Bila kek dah masak, rehatkan kek selamat 25 minit. Keluarkan kek dari loyang dan sejukkan sepenuhnya.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (4)