👩🍳Kerabu Taugeh Kacang Botol

Cookpad Apron Challenge 2026 Week 6
Tema Minggu 6: Hidup Sayur!
Sayur- sayuran terdiri dari berbagai bentuk. Ada sayuran jenis daun, buah, kekacang, batang dan umbisi. Masing- masing mempunyai khasiat tersendiri.
Kerabu sayur ialah hidangan salad melayu yang sihat berkhasiat kerana terdiri daripada sayur-sayuran mentah atau dicelur (seperti taugeh, kacang panjang, pucuk paku) yang digaul dengan kelapa parut sangai, isi ikan/udang, dan bahan perasa (limau nipis, cili, bawang). Rasa masam, manis, dan pedas sungguh menyegarkan dan sedap dimakan sebagai pelengkap hidangan.
2717/3K
63/2026

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
Sayur- sayuran dibilas bersih. Dipotong nipis, saiz yang sesuai.
Udang kering direndam sekejap. Tos air dan ditumbuk lumat dengan belacan.Kelapa parut disangai sehingga kekuningan. Kemudian ditumbuk lumat
- 2
Satukan semua sayuran didalam satu mangkuk besar. Gaul rata.
Masukkan udang kering, belacan, garam dan gula. Gaul rata.
- 3
Perah limau nipis rata-rata. Gaul lagi sekata. Sesuaikan rasa jika perlu tambahan gula dan garam.
Sedia untuk dinikmati. Boleh disimpan sejuk dalam peti ais jika suka.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen