👩🍳Ikan Kembung Masak Taucu

Cookpad Apron Challenge 2026: Week 11
Tema Minggu 11: Masak Ikan Jom!
Ikan kembung sangat mudah dijadikan pelbagai jenis lauk. Digoreng garing dan digaulkan dengan aneka jenis sambal pun sedap.
👩🍳Ikan Kembung Masak Taucu
Cookpad Apron Challenge 2026: Week 11
Tema Minggu 11: Masak Ikan Jom!
Ikan kembung sangat mudah dijadikan pelbagai jenis lauk. Digoreng garing dan digaulkan dengan aneka jenis sambal pun sedap.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan.
- 2
Panaskan minyak masak. Goreng ikan kembung kedua-dua belah sehingga garing. Angkat, toskan, dan ketepikan.
- 3
Gunakan sedikit minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih, halia, dan serai sehingga naik bau dan kekuningan.
Masukkan taucu dan kacau seketika. Tuangkan air bancuhan asam jawa. Biarkan mendidih perlahan, kemudian masukkan hirisan cili.
- 4
Perasakan dengan gula dan sedikit garam (berhati-hati kerana taucu sudah sedia masin).
Akhir sekali, masukkan ikan kembung yang telah digoreng tadi dan tomato buah. Gaul rata selama beberapa minit supaya kuah meresap ke dalam ikan, kemudian tutup api. Siap! Sedia dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi












Komen