Siakap Masak Lemak Putih

#137/994/2026
#994/1000
:
Sepatutnya letak Cendawan Tiram sekali dalam lauk Siakap Masak Lemak Putih ni tapi yang ada dalam stok hanyalah Cendawan Kukur (kalau kat Kelantan dipanggil Kulat Sisir).
Letak sahajalah mana yang ada,nasib baik sedap je guna Cendawan Kukur ni Encik suami menambah makan nasi.
K.ha gunakan dengan Ayam Goreng Kunyit,Tempe Goreng Kunyit dan Sambal Belacan.Alhamdulillah untuk rezeki hari ini.

Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya.
- 2
- 3
Cuci bersih kulat sisir/cendawan kukur.Rendam dalam air bercampur sedikit garam dalam 30 minit.Ramas-ramaskan,buang air rendaman.Bilas dan toskan.Ketepikan.
- 4
Masukkan bahan hiris (bawang merah,bawang putih,lengkuas) bersama bahan ketuk (serai,akar ketumbar)ke dalam kuali.
- 5
Masukkan santan pekat segera bersama air tapis,gula perang,sos ikan dan kiub pati ayam,sentiasa dikacau hingga mendidih (supaya santan tidak berketul.
- 6
Masukkan cendawan kukur,kacau.Masukkan ikan siakap,cili padi,daun limau purut.Masak hingga kuah mendidih dan cendawan sedikit lembut Masukkan daun ketumbar.Perasakan dengan secukupnya garam himalaya.Masak hingga ikan masak sepenuhnya.Seimbangkan rasa,siap.
- 7
Hidangkan bersama potongan limau nipis (perah secukupnya air limau nipis sebelum dimakan jika suka).Tak letak pun takpe.Hidangkan bersama nasi putih panas-panas.
Tip
Untuk rasa sedikit masam boleh perah sedikit air limau nipis.Yang tidak suka boleh sahaja diskip.Dua-dua sedap
Hidangan ini sedap dimakan panas-panas.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen